KUALA LUMPUR: Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kemenangan Malaysia di Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda dan Mahkamah Rayuan Paris di Perancis boleh menjadi penutup kepada segala usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merampas hak serta harta negara ini.
"Ini juga membuktikan dakwaan kumpulan tersebut adalah gagal dan tidak boleh dilayan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) Annual General Meeting Fireside Chat With Communication and Digital Minister' di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata kejayaan itu juga merupakan hasil kerjasama antara pihak terlibat yang berusaha serta bersatu hati dalam mempertahan hak, harta dan kedaulatan Malaysia.
Pada 6 Jun lepas, Malaysia melakar sejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh penimbang tara antarabangsa Dr Gonzalo Stampa dan memutuskan Stampa telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.
Terdahulu, ketika mengumumkan keputusan penting itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sekali gus menghalang apa-apa usaha pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.
Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda hari ini menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.
Award itu telah diberikan oleh Stampa pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award itu, kumpulan Sulu terbabit telah dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya di negara itu).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Fahmi berkata kejayaan itu juga merupakan hasil kerjasama antara pihak terlibat yang berusaha serta bersatu hati dalam mempertahan hak, harta dan kedaulatan Malaysia. - Foto Facebook Fahmi Fadzil

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra
Wisma Putra sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan tentang penularan video itu.

Tuntutan Sulu, isu ‘dark side’ dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan persidangan Dewan Rakyat.

Tuntutan Sulu: Malaysia mahu Stampa dipenjara - Azalina
Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah.

Kerajaan cadang bentang RUU Imuniti Negara pada sidang Parlimen Oktober - Azalina
Ia antara lain mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, dan perkhidmatan berkesan kepada negara asing.

Tuntutan Sulu: Siri kemenangan Malaysia bukti kejayaan pertahan kedaulatan negara - Fahmi
Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini.

Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.

Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri bawah bayu itu.

Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di Mahkamah Rayuan Paris
Keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

Kerajaan guna semua cara hentikan tuntutan Sultan Sulu - Azalina
Kerajaan akan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu ke atas negara ini.