ISTANBUL: Turkiye merancang mengadakan pertemuan dengan pegawai Rusia dan Ukraine di sini akhir minggu ini bagi membincangkan usaha untuk menyambung perjanjian eksport bijirin Ukraine melalui Laut Hitam, kata Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar, lapor Agensi Berita dpa.
Timbalan Menteri Pertahanan ketiga-tiga negara dijangka berada di Istanbul pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Ukraine dan Rusia cenderung untuk melanjutkan eksport bijirin, kata Akar.
"Kami berharap perjanjian bijirin akan diteruskan tanpa sebarang gangguan bagi mengelak krisis makanan global," katanya.
Kremlin pada minggu lepas menyatakan bahawa perjanjian itu tidak mungkin dilanjutkan berikutan pelbagai isu termasuk masalah mengeksport baja Rusia akibat sekatan Barat.
Perjanjian itu dimeterai pada musim panas lalu apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Turkiye memutuskan penamatan sekatan Rusia di Laut Hitam.
Kesepakatan itu dilanjutkan pada pertengahan Mac berikutan perbincangan saat akhir tanpa pengesahan mengenai tempoh lanjutan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Turkiye berharap perjanjian bijirin akan diteruskan tanpa sebarang gangguan bagi mengelak krisis makanan global.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Pembekal sandwic ham di UM didakwa 12 pertuduhan guna logo halal palsu
Sebuah syarikat pastri dan pengarahnya yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis yang tular di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didakwa di dua Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas 12 tuduhan menggunakan logo halal palsu supaya makanan itu boleh dimakan orang Islam.
Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.
Kes Pukul OKU: Kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara
Kertas siasatan kejadian pukul membabitkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
Letupan di kilang bahan letupan di barat Turkiye ragut 12 nyawa
Letupan di sebuah kilang pengeluaran bahan letupan di barat Turkiye, pada Selasa mengorbankan 12 nyawa.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
Sebuah helikopter terhempas di hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
Kapal karam berusia 1,500 tahun dijumpai kenderaan robotik bawah air
Bangkai kapal perdagangan berusia 1,500 tahun ditemukan di perairan pantai Ayvalik, wilayah Balikesir, Turkiye.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa (29 Oktober), negara itu menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada 2025.
Serangan udara Turkiye musnahkan 34 sasaran, 'neutralkan' ramai militan
Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pada awal Jumaat, 34 sasaran pengganas PKK (Parti Pekerja Kurdistan) dimusnahkan dan sejumlah besar pengganas "dineutralkan" dalam satu operasi udara.
Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi
Mangsa syahid dalam serangan pengganas di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries dikebumikan dengan sebak pada Khamis.
Pemberontak Kurdish mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries - Turkiye
Pihak berkuasa Turkiye tidak tolak bahawa pemberontak Kurdish 'kemungkinan besar' berada di sebalik serangan TAI.
Fethullah Gulen yang didakwa dalang cubaan rampasan kuasa di Turkiye meninggal dunia
Gulen, menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun, meninggal dunia pada petang Ahad di sebuah hospital di Pennsylvania.