KUALA LUMPUR: Osteoarthritis (OA) iaitu sejenis arthritis yang menyerang pelbagai sendi, menyebabkan kehilangan tulang rawan, keradangan dan 80 peratusnya di bahagian lutut.
Dianggarkan sekitar tujuh peratus penduduk dunia iaitu 500 juta orang di seluruh dunia menderita OA.
Data kajian tempatan (2019) meliputi golongan dewasa berusia 55 tahun ke atas di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menunjukkan sebanyak 30.8 peratus responden melaporkan gejala osteoarthritis lutut dan dilaporkan punca kecacatan golongan warga tua.
APAKAH PUNCA OSTEOARTHRITIS (OA)?
Dr Yeap menjelaskan, terdapat banyak kemungkinan yang menyebabkan OA dan usia adalah salah satu punca penyebabnya.
"Ini diperkuatkan dengan perangkaan terkini yang diterbitkan pada tahun 2021, antara dapatannya, bawah 10 peratus lelaki dan 14 peratus wanita berusia 50 tahun hingga 69 tahun menghidap osteoarthritis pinggul dan lutut simptomatik.
"Bagaimanapun, bagi kumpulan berusia 70 tahun ke atas, perangkaannya 18 peratus lelaki dan 25 peratus wanita, " katanya.
Menurut beliau lagi, jantina dan genetik juga memainkan peranan penting dan golongan hawa lebih mudah diserang OA.
Data juga menunjukkan risiko genetik sebanyak 50 peratus atau lebih, menunjukkan separuh daripada kerentanan kepada OA dijelaskan oleh faktor genetik.
"Bukan semata-mata usia dan jantina, mereka yang menjalani latihan yang sengit seperti atlet dan pelari marathon juga mudah diserang osteoarthritis, akibat stres dan trauma sendi. Dianggarkan sekitar lima peratus kes osteoarthritis lutut berkait dengan kecederaan sebelumnya," katanya.
BEBAN BERAT
Dr Yeap yang juga naib presiden Persatuan Osteoporosis Malaysia, turut berkongsi kebimbangan beliau iaitu Malaysia mempunyai masalah besar yang lain untuk ditangani iaitu penduduk yang semakin tua dan "semakin berat".
"Salah satu faktor risiko besar untuk osteoarthritis adalah obesiti. Penyelidikan menunjukkan 50 peratus osteoarthritis lutut di Amerika Syarikat boleh dielakkan sekiranya tidak ada masalah obesiti dalam kalangan penduduknya. Di China, kadar obesiti adalah rendah dan penyakit osteoarthritis hanya lapan peratus.
"Dengan menggunakan Indeks Jisim Badan (BMI) atas 27.4 untuk takrif obesiti, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi dalam kalangan negara Asia. Satu kajian yang dibuat pada tahun 2019, sebanyak 15.6 peratus penduduk adalah obes (gemuk), " jelasnya, sambil menambah, mereka yang gemuk mengalami masalah sendi yang teruk dan sebahagian besarnya memerlukan penggantian pinggul, lutut dan sendi.
Seorang lagi ahli panel webinar, Profesor Penyelidikan di Parker Institute, Frederiksberg Hospital of Copenhagen, Prof Henning Bliddal, memetik satu kajian di Amerika Syarikat yang menunjukkan kenaikan 15 peratus risiko osteoarthritis lutut untuk setiap satu unit titik BMI atas 27. Data berkenaan juga menunjukkan osteoarthritis tangan hampir dua kali ganda dengan BMI atas 30.
"Berat yang boleh menampung dalam sendi ketika berjalan ialah tiga kali ganda berat badan anda. (Ini meningkat) sekiranya anda berlari atau berjalan pantas. Ini bermakna sekiranya anda turun sekilo berat badan, ia akan mengurangkan tekanan tiga hingga empat kali ke atas lutut anda, " jelasnya.
PENTING TURUNKAN BERAT BADAN
Tindakan terbaik menangani masalah OA ialah menurunkan berat badan. Demikian nasihat Prof Henning yang turut memetik kajian cubaan penurunan berat badan di Copenhagen baru-baru ini.
Menurut beliau, cubaan berkenaan mencatat kejayaan besar dengan peserta bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan dan mengekalkannya, tetapi juga berada dalam keadaan yang amat sihat.
"Kajian ini mempunyai tiga fasa - 16 minggu, 52 minggu dan tiga tahun. Fasa pertama bermula dengan peserta mengambil diet kalori rendah dan mereka kehilangan berat badan purata 10 kilogram dalam 16 minggu pertama. Ini menjadi inspirasi untuk peserta meneruskan program menurunkan berat badan ini.
"Fasa kedua dan ketiga terus menggunakan pelbagai kaedah pengurusan diet seperti penggantian makanan dan intermittent diets (diet sekejap-sekejap). Mereka yang kekal dalam kumpulan sokongan mereja berjaya mengekalkan berat badan. Yang banyak hilang ialah lemak. Paras vitamin D mereka lebih baik, begitu juga tekanan darah dan kesihatan kardiovaskular, " katanya.
Selain daripada senaman biasa serta program penurunan berat badan, pesakit boleh juga memilih rawatan farmakologi lanjutan termasuk ubat antikeradangan bukan steroid non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) serta suntikan intraarticular yang membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Menurut Prof Henning, pembedahan penggantian lutut hanya disyorkan sebagai pilihan terakhir, untuk kes yang melibatkan gangguan yang teruk kepada kualiti kehidupan harian.
Sementara itu, Dr Yeap menasihatkan pesakit untuk mengamalkan senaman mudah yang dapat menguatkan sendi.
Antara kegiatan yang disyorkan bagi mereka yang menghidap OA ialah Tai Chi, yoga, berbasikal, berjalan, senaman akuatik di samping latihan kekuatan dan neuromuskular.
"Latihan kekuatan dan aerobik boleh mengurangkan kesakitan serta memperbaiki fungsi fizikal. Ramai yang berfikir kita hanya perlu melakukan senaman kaki tetapi sebarang senaman dapat membantu pesakit yang menghidap osteoarthritis lutut. Berjalan juga boleh membantu di samping senaman latihan kekuatan yang boleh memperbaiki otot dan keseimbangan.
"Bagaimanapun, sehinga sekarang, tidak ada bukti saintifik bahawa mengambil supplements (makanan tambahan) atau makan makanan yang kaya dengan tulang rawan seperti hidangan kaki ayam membantu mereka yang menghidap osteoarthritis. Lagi pun, makanan tambahan hanya anti-keradangan. Ini membantu mereka yang mengalami kesakitan dan melegakan sendiri tetapi bukan menyembuhkan atau mengurangkan kerosakan sendi, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Penyelidikan menunjukkan 50 peratus osteoarthritis lutut di Amerika Syarikat boleh dielakkan sekiranya tidak ada masalah obesiti dalam kalangan penduduknya. - Gambar hiasan
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.