Berikutan penahanan ketuanya, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) masih bertegas untuk mengadakan perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.
“Perhimpunan akan diteruskan, sebab kita tidak berkaitan dengan apa-apa usaha untuk menggulingkan kerajaan, atau mengadakan aktiviti untuk tujuan itu, tidak benar,” menurut seorang jurucakap daripada TURUN yang tidak berani dinamakan.
TURUN, katanya, tidak melakukan kesalahan dan tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk mendesak kerajaan menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Kita mahu kerajaan tangguhkan GST, menentang korupsi, pecahkan monopoli terutama isu gula, dedahkan dan tengok semula perjanjian tol, struktur semula system subsidi,” katanya.
“Tidak benar kita memudaratkan demokrasi berparlimen sebab kita percaya apa yang dibuat dalam rangkuman demokrasi. Kita tidak ada anarki, itu memang merosakkan sistem,” katanya.
Katanya, TURUN sedang dalam proses untuk memaklumkan kepada polis tentang perhimpunan itu, seperti yang diwajibkan dalam Akta Perhimpunan Aman.
Bagaimanapun, ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad berkata kumpulan itu tidak memberi apa-apa makluman kepada pihaknya mengenai perhimpunan itu.
“Dari segi itu sudah menyalahi undang-undang, dan kalau teruskan lagi kita akan mengambil tindakan selanjutnya dan hadapkan mereka ke makhamah,” katanya kepada Astro AWANI.
Zainuddni berkata polis memandang serius perkara ini dan meminta orang ramai yang akan bakal berhimpun pada malam itu untuk “berhati-hati”.
“Kita tidak boleh cakap ‘tidak boleh’ sebab memang ramai akan meraikan tahun baru. Tetapi jangan melibatkan diri dengan kumpulan ini,” kata beliau.
Semalam, Mohd Azan Safar, 24, seorang aktivis mahasiswa yang merupakan pengerusi TURUN, ditahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan juga Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.
Mohd Azan ditahan pada 11.30pm kerana didakwa cuba menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan pada satu perhimpunan haram di hadapan Kelab Sultan Sulaiman pada Jumaat lalu.
Pagi tadi, majistret menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman tujuh bagi menyiasat Mohd Azan.
Azan dijangka dibebaskan malam ini.
Teoh El Sen
Tue Dec 24 2013
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Polis keluar amaran keras terhadap penganjur perhimpunan guling kerajaan
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara.
TURUN nak turun juga, polis kata jangan
Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) masih bertegas untuk mengadakan perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.