Kerajaan akan menutup pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur sekiranya pengetua pusat tahfiz tersebut didapati bersalah meliwat sembilan pelajarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan terkutuk seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz malah mencalar imej baik agama Islam itu sendiri.
"Jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukkan imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.
"Individu yang terlibat perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran dan sekiranya ia melibatkan pengetua pusat tahfiz sendiri, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Katanya, beliau akan meneliti laporan kes itu dan kemungkinan juga, suspek tidak dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan kembali ke pusat itu sekiranya diberikan ikat jamin oleh mahkamah sehingga kesnya selesai.
Sementara itu, beliau turut menasihati ibu bapa supaya menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz sama ada berdaftar ataupun tidak agar keselamatan anak mereka lebih terjamin.
Semalam, media melaporkan seorang guru agama, yang merupakan pemilik pusat tahfiz berkenaan ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.
Perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 23 2018

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan tegas perlu diambil. -Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Tutup pusat tahfiz jika pengetua didapati bersalah - Mujahid
Kerajaan akan menutup pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur sekiranya pengetua pusat tahfiz tersebut didapati bersalah meliwat sembilan pelajarnya.

Kehadiran orang awam sewaktu sebatan 'pasangan songsang' perlu dilihat semula - Mujahid Rawa
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu pada Isnin perlu dilihat semula.