AKTRES Izara Aishah tidak menafikan tindakannya menutup ruang komen akaun Instagram lebih setahun lalu membuatkan dirinya kini lebih tenang.
Malah, pelakon popular menerusi drama Vanilla Coklat gandingan hero Aiman Hakim berkata, dia tidak berminat untuk ambil tahu sebarang komen daripada netizen.
"Saya sudah pun tutup komen Instagram saya @izaraaishahofficial lebih setahun lalu. Kalau ditanya sampai bila nak tutup, mungkin saya akan tutup selama-lamanya.
"Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu dengan pandangan netizen mengenai diri saya. Malah, saya juga takut dan tak suka untuk baca setiap komen melampau yang diberikan.
"Sejak saya tutup komen, kehidupan sekarang lebih tenang dan bahagia daripada membaca komen yang bukan-bukan," katanya kepada Media Hiburan.
Kata figura 25 tahun ini lagi, andai ada sesiapa yang mahu bercakap atau mengatakan sesuatu kepadanya, tampil secara bersemuka sahaja tanpa berselindung menerusi akaun palsu.
"Kalau ada benda yang mahu ditanya, lebih baik tanya secara berdepan. Jangan berselindung di sebalik akaun palsu atau berani hanya di media sosial sahaja. Rasanya itu lebih baik," katanya.
Sinar Harian
Mon Jun 04 2018

Izara Aishah mendirikan rumahtangga dengan Adib Khalid pada November tahun lepas. - Instagram izaraaishahofficial
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Ayob Khan tidak pernah ada akaun grup 'khas' atas namanya di WhatsApp - PDRM
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, tidak pernah mengendalikan sebarang akaun grup aplikasi WhatsApp.

Lebih 30 akaun palsu guna identiti Ahmad Amzad
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendakwa telah mengenal pasti lebih 30 akaun palsu di media sosial yang menggunakan gambarnya.

Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu
Fadillah memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama 'Haji Fadillah Yusuf' adalah palsu.

'Kat mananya aku buat fake account?' - Ira Kazar jawab tuduhan ganggu Puteri Sarah
Ira bagaimanapun menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama isteri kepada aktor Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menegaskan dia tidak pernah mewujudkan akaun palsu seperti yang didakwa.

Akaun Twitter palsu banjiri platform selepas pengesahan menurun
Selepas Musk membatalkan dasar pengesahan laman, akaun palsu yang 'disahkan' mendapat banyak perhatian.

Akaun palsu: PDRM nafi dakwaan terlibat 'troll farm' di media sosial
Dalam kenyataan lewat malam tadi, PDRM berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Meta padam akaun FB, IG jadi pusat 'troll', sebahagiannya didakwa ada kaitan dengan PDRM
Syarikat konglomerat media, Meta, menyatakan bahawa ada kemungkinan campur tangan pihak polis di sebalik penutupan lebih daripada 600 akaun FB dan IG di Malaysia.

Musk ancam tarik diri beli Twitter
Ancaman itu dibuat selepas rangkaian sosial itu gagal untuk memberikan maklumat mengenai akaun palsu kepadanya.