DHAKA: Sebuah syarikat TV satelit berpangkalan di Bangladesh mencipta sejarah di negara itu apabila mengambil seorang transgender sebagai salah seorang pembaca beritanya.
Agensi AP dalam laporannya berkata, Boishakhi TV yang terletak di Dhaka, menzahirkan harapan agar pelantikan itu dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan berkenaan.
Pembaca berita berkenaan, Tashnuva Anan Shishir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai aktivis kanan dan pelakon, membuat penampilan pertama pada 8 Mac lepas, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia.
Beliau memulakan penampilannya dengan membaca berita selama tiga minit, dan sejurus mengakhiri buletin, beliau menangis apabila menerima tepukan dan sorakan rakan sekerja.
“Saya sangat gementar, penuh rasa emosi. Tetapi dalam fikiran saya, saya tahu saya perlu mengatasi semua perkara ini.
"Apa yang saya lihat sebagai ujian terakhir,” kata Shishis, 29, ketika ditemu bual pada Selasa.
Lahir sebagai Kamal Hossain Shishir, beliau mejelaskan perasaan kewanitaan itu sudah mula timbul sejak belasan tahun lagi, apabila berasakan dirinya terperangkap dalam tubuh seorang lelaki.
Pada peringkat awal, Shishir berkata dirinya sering menjadi bahan cemuhan dan mangsa gangguan seksual bukan sahaja daripada rakan sekeliling, mahlah ahli keluarga sendiri.
Pernah satu ketika, Shishir berasakan dirinya sudah tidak mampu lagi mengharungi kehidupan sedemikian, sehingga terfikir untuk mengambil nyawa sendiri.
Perkara paling buruk pernah terjadi, jelas Shishir lagi, apabila ayahnya sendiri berhenti bercakap dengannya, dan menganggap beliau adalah punca keluarganya hilang maruah.
Shishir akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya, dan mula mengambil terapi hormon.
Pada masa yang sama beliau bekerja dengan badan-badan kebajikan dan menyertai kumpulan teater tempatan.
Bermula Januari tahun ini, Shishir memulakan pengajian dalam bidang kesihatan awam di Dhaka University, di samping kariernya dalam stesen TV berkenaan.
Terdapat kira-kira 10,000 golongan transgender di Bangladesh, tetapi para aktivis menganggarkan bilangannya jauh lebih banyak dalam negara yang mempunyai sekitar 160 juta penduduk itu.
Sejak 2013, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina membenarkan golongan berkenaan menggunakan jantina berlainan, dan mereka diberi hak mengundi pada 2018.
Boishakhi TV dalam kenyataannya berkata, mereka mahu menjadi sebahagian daripada perubahan itu, dan merancang untuk melantik seorang lagi transgender dalam bahagian drama.
“Perdana Menteri kami telah mengambil langkah-langkah perubahan.
"Terdorong dengan tindakan itu, kami juga mahu mengubah persepsi masyarakat dengan memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut,” kata penolong pengarah urusannya Tipu Alam Milon.
Agensi
Thu Mar 11 2021

Tashnuva Anan Shishir membuat penampilan pertama pada 8 Mac lepas, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. -AP

JKDM Selangor rampas kabin van, minuman keras, tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta
Jabatan Kastam Selangor merampas kabin van, minuman keras dan tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta dalam operasi berasingan di Pelabuhan Utara dan Barat, Klang.

Permohonan pengarah, penerbit Mentega Terbang rujuk persoalan undang-undang ditolak
Perbicaraan kes melukakan perasaan agama orang lain yang dihadapi pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang akan berlangsung seperti yang dijadualkan.

9 pelajar hilang ketika bercuti ditemui maut, anggota badan dikerat ditinggal tepi jalan
Mayat ditemui di dalam dan sekitar sebuah kenderaan di San Jose Miahuatlan, dengan beberapa mangsa telah dikenal pasti.

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka
Kawasan Pasir Panjang turut terjejas, dan polis telah memantau serta membantu penghuni berpindah ke tempat selamat.
[TERKINI] Keputusan bedah siasat, kematian berpunca tekanan di leher akibat jerutan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil bedah siasat terhadap pegawai tribunal kastam mendapati kematian disebabkan tekanan di leher akibat jerutan.

Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine.
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

JHEAT tahan tujuh mak nyah berbaju kurung, berpakaian seksi
Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah kediaman di sini pada malam Jumaat.

JAIPk akan teruskan operasi gempur aktiviti tidak bermoral, transgender
JAIPk akan terus melaksanakan operasi mencegah sebarang kegiatan mungkar yang melibatkan isu moral dan ia akan dilakukan secara berkala.

Melaka bantah penganjuran 'ratu pondan' - Exco
Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ratu pondan yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.

Rogol dan tikam teman wanita, transgender bakal jalani hukuman mati di AS
Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat kecuali dia diberikan pengampunan.

Anak jutawan Elon Musk mohon tukar nama keluarga, enggan ada kaitan dengan bapa
Xavier merupakan salah seorang daripada lima anak Musk bersama bekas isterinya, penulis Justine Wilson.

Badan induk renang haramkan atlet transgender bertanding dalam acara wanita
Buat masa ini tiada wanita transgender bersaing dalam pertandingan renang di peringkat elit atau profesional.

Ziarah, belanja makan golongan transgender di Surabaya, usaha Ebit Lew dapat pujian
Ebit mendedahkan yang ada antara golongan transgender di sana yang mula bekerja di situ sekitar usia 14 tahun dan ada juga yang berbuat demikian bagi menyara keluarga.

Transgender perlu ubah penampilan jika mahu masuk masjid - Mufti
Tindakan itu perlu dilakukan untuk mengelak rasa tidak senang dan janggal dalam kalangan jemaah lain.

Kerajaan teliti kenakan larangan golongan transgender memasuki masjid di Wilayah Persekutuan
Tindakan pihak berkuasa agama di Perlis mengenakan larangan itu adalah bagi menjaga kesucian masjid dan menghindari kekeliruan masyarakat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.