MELAKA: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua bagi pelajar peringkat menengah untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata graduan dalam aliran TVET kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang, yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan lebih baik untuk masa hadapan.
Ahmad Zahid berkata selepas dilantik sebagai pengerusi majlis berkenaan, beliau menaik taraf pendidikan itu dengan mewujudkan kolaborasi di antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri terdiri daripada syarikat dan konglomerat terkemuka seperti Petronas, DRB Hicom, GAMUDA Berhad, Turkish Aerospace Inc., TH Brandenburg University of Applied Sciences dan banyak lagi, dalam menjayakan pemerkasaan TVET di Malaysia.
"Kita juga telah berjaya mewujud sistem permohonan TVET baharu yang dikenali sebagai UP_TVET yang berfungsi seperti portal pengambilan pelajar Unit Pusat Universiti (UPU).
"Dalam masa yang singkat, portal ini berjaya mencatatkan rekod permohonan pelajar mengikuti aliran TVET seramai 62,000 orang, daripada hanya 15,000 penawaran," katanya pada Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ahmad Zahid berkata antara keberhasilan yang dapat disaksikan melalui Majlis TVET Negara ialah mentransformasi bidang tersebut ke arah melahirkan tenaga mahir warga tempatan, bagi memenuhi keperluan industri negara.
Beliau berkata menerusi majlis berkenaan, kerajaan berjaya menubuhkan Sekretariat TVET bagi menyelaraskan program dan kursus di 1,344 institusi TVET seluruh negara.
"Kenapa saya kongsikan tentang TVET ini kepada tuan-tuan dan puan-puan semua? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, saya mahukan kita semua melihat bahawa aliran TVET ini merupakan salah satu aliran yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar di sini, sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran setelah tamat persekolahan kelak," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau juga berjaya mengusulkan modul pembelajaran berasaskan Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) 2.0 di 10,740 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), seluruh negara.
Beliau berkata modul berkenaan merupakan nilai tambah kepada kurikulum Pendidikan Islam sedia ada melibatkan kolaborasi di antara Yayasan Pahang, Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Yayasan PINTA) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sementara itu, di dalam rakaman video, Ahmad Zahid berpesan kepada pelajar sekolah agama tersebut untuk menterjemahkan pelajaran yang dipelajari dengan cara mengamalkannya, sekali gus membina generasi baharu apabila mereka mengetuainya nanti.
"Di dalam kesederhanaan ini, saya meminta anak-anak dengan doa daripada ibu bapa, bagi terus kita mendukung sifat-sifat Quranik, Ijtihadik, dan juga sifat-sifat murni daripada segi pembentukan sahsiah, ramai di luar sana orang bijaksana, ramai juga yang menjadi ahli profesional.
"Tetapi kita hendaklah mengkombinasikan antara ilmu yang kita pelajari dan juga ilmu yang kita amalkan sebagai satu cara hidup dan agama kita adalah Ad Din yang harus kita dukung dan kita dakap sebagai seorang insan yang mulia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Ahmad Zahid berkata graduan dalam aliran TVET kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. - Gambar fail/Bernama
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.