INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengumumkan Tyzo sebagai penyampai radio IKIMfm mulai Isnin depan.
Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris akan mengendalikan segmen Inspirasi Pagi yang ke udara jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.
Penyampai radio sensasi itu akan bergandingan dengan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim sepanjang minggu.
Ketika berkongsi perkara tersebut, Tyzo berkata beliau berbesar hati diberi peluang untuk berada di pentas IKIMfm.
"Selepas dua bulan tidak bersiaran, saya rasa berdebar," katanya pada majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo IKIMfm di sini pada Isnin.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil.
Jelas Tyzo, pemilihan IKIMfm dimuktamadkan selepas empat tawaran diterima daripada stesen radio berbeza.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas beberapa siri perbincangan bersama pihak IKIMfm serta Pengarah Pusat Media IKIM, Ahmad Fuad Mat Ali.
"Saya tak tahu nak kata...Saya rasa mungkin Allah memberi petunjuk (untuk memilih IKIMfm) kerana sewaktu menunaikan ibadah umrah baru-baru ini, doa saya ketika itu adalah jika saya masih lagi boleh memberikan manfaat kepada orang lain, saya mohon terus dipermudah dalam bidang ini," katanya.
Sementara itu, anak kelahiran Ipoh, Perak itu menangkis persepsi bahawa tawaran bersama IKIMfm itu akan mengecilkan ruang lingkup yang 'dinikmati' beliau sebelum ini.
"IKIMfm mempunyai 1.6 juta pendengar. Mereka juga mempunyai IKIMTV selain media sosial.
"Saya tidak rasa ia 'meng-downgrade-kan' bahkan IKIMfm ini akan lebih mendekatkan saya kepada al-Quran serta hadis," jelas beliau sambil menambah kontrak perkhidmatan dengan IKIMfm sedang diperhalusi sebelum ia ditandatangani.
Penerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.
Beliau sebelum ini pernah bertugas di Suria FM pada 2017, namun berakhir 12 Januari lalu selepas enam tahun berkhidmat.
Tyzo juga pernah bertugas di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.
Sementara itu, Mohamed Azam berkata, penjenamaan IKIMfm adalah sebagai strategi untuk mengukuhkan jenamanya dan berusaha meningkatkan jumlah pendengar.
"Ia selari dengan kepesatan teknologi ICT dan penyiaran digital pada masa kini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 04 2024
Tyzo bakal menjadi penyampai radio IKIMfm mulai Isnin depan. - Foto Sinar Harian
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Tyzo sah sertai IKIMfm
Tyzo akan mengendalikan segmen Inspirasi Pagi yang ke udara jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.