KOTA KINABALU: Universiti Awam (UA) digalakkan untuk menjadi penyedia kursus jangka pendek berakreditasi 'micro-credential' bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, selain mampu menambah pendapatan intitusi masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata semua UA perlu merebut peluang itu kerana institusi pengajian tinggi swasta giat menawarkan program sedemikian berdasarkan permohonan yang dibuat kepada pihaknya.
"Berdasarkan rekod, buat masa ini belum ada UA yang menawarkan kursus jangka pendek berakreditasi yang kini menjadi trend dan keperluan industri.
"Banyak bidang yang boleh dijadikan kursus jangka masa pendek, justeru UA yang terawal menyahut peluang ini mempunyai peluang menjana pendapatan lebih besar berbanding yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada Bicara Eksekutif Sistem Jalinan Kualiti Pendidikan Tinggi dalam Kerangka Kelayakan Malaysia bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari; serta Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Prof Dr Rasid Mail.
UMS muncul UA pertama yang dilawati MQA dalam siri jelajah Turun Padang yang bermula sejak bulan lalu.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, UA juga digalakkan menjadi Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
Katanya, inisiatif itu bagi memberi peluang kepada masyarakat yang tidak mempunyai kelayakan konvensional untuk menyambung pengajian yaang diidamkan dalam bidang masing-masing.
"Kami mempunyai tiga jenis APEL iaitu APEL A untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi, APEL C bagi pemindahan kredit dan APEL Q untuk penganugerahan terus berdasarkan pengalaman pemohon," katanya.
Sementara itu, Taufiq berkata, pertemuan dengan MQA membolehkan pihaknya memahami dengan lebih mendalam mengenai proses akreditasi dan produk yang ditawarkan oleh MQA.
"Sesi ini memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan maklumat diperlukan daripada MQA terutamanya membabitkan akreditasi program baharu serta kriteria untuk menjadi Pusat Penilaian APEL," katanya.
Astro Awani
Mon Apr 05 2021
![UA digalak tawar kursus 'micro-credential' UA digalak tawar kursus 'micro-credential'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617642171_USIM.jpg)
Semua UA perlu merebut peluang itu kerana institusi pengajian tinggi swasta giat menawarkan program sedemikian berdasarkan permohonan yang dibuat kepada pihaknya. - Gambar fail/ Bernama
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
![3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739009435_FahmiFadzil.jpg)
3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![MCMC peruntuk lebih RM600 juta tambah baik WiFi universiti awam - Fahmi MCMC peruntuk lebih RM600 juta tambah baik WiFi universiti awam - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737448883_FahmiFadzil.jpg)
MCMC peruntuk lebih RM600 juta tambah baik WiFi universiti awam - Fahmi
Antara aduan yang diterima oleh MCMC daripada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah isyarat WiFi rendah walaupun terdapat liputan Internet.
![Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736488105_TBKUPOLIS.jpg)
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
![Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734929974_tbMohdEkhwanTorima.jpg)
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
![Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605 Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729743942_ZambryAbdulKadir.jpg)
Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini namun masih belum berjaya meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.
![Universiti disaran contohi usaha UiTM tingkat kemudahan OKU Universiti disaran contohi usaha UiTM tingkat kemudahan OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690380707_MustaphaSakmud.jpg)
Universiti disaran contohi usaha UiTM tingkat kemudahan OKU
Pengurusan UA dan universiti swasta disaran meningkatkan pengurusan dan kemudahan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi masing-masing.
![Pindaan AUKU lebih realistik berbanding mansuh akta - Zambry Pindaan AUKU lebih realistik berbanding mansuh akta - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710772752_ZambryAbdulKadir.jpg)
Pindaan AUKU lebih realistik berbanding mansuh akta - Zambry
Langkah melaksanakan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah lebih realistik berbanding cadangan pemansuhan akta berkenaan sebelum ini.
![UiTM Holdings belum capai objektif, mandat jana kekayaan buat UiTM - PAC UiTM Holdings belum capai objektif, mandat jana kekayaan buat UiTM - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706102916_MasErmieyatiSamsud.jpg)
UiTM Holdings belum capai objektif, mandat jana kekayaan buat UiTM - PAC
PAC mendapati UiTM Holdings Sdn Bhd serta anak-anak syarikatnya masih belum mencapai objektif dan mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM.