IPOH:Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah langkah merakam, mencatat, merekodkan dan menyimpan bahan sejarah secara tepat adalah kewajipan yang tidak boleh dikompromikan.
"Rekod sejarah yang lengkap berperanan penting untuk membantu negara mempertahankan kedaulatan dan wilayah persempadanan," titah baginda ketika merasmikan bangunan Arkib Negara Malaysia negeri Perak di Meru, di sini, hari ini.
Memberikan contoh tuntutan Pulau Sipadan-Ligitan pada 2002, Sultan Nazrin bertitah kejayaan Malaysia memenangi kes itu disebabkan negara memiliki bukti bahan arkib yang kukuh manakala kegagalan mempertahankan hak milik tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) pada 2008 adalah disebabkan kekurangan bahan arkib sebagai sumber utama pembuktian kes.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah tugas pegawai arkib ketika ini semakin kompleks dan mencabar dalam memenuhi permintaan para penyelidik yang memerlukan maklumat secara mudah, tepat serta cepat, lebih-lebih lagi apabila dokumen kini berbentuk elektronik, rekod bersifat sejagat yang boleh diakses oleh masyarakat antarabangsa.
"Alhamdulillah, para pegawai arkib terbukti peka dengan dinamik yang sedang berlaku. Mereka mengambil langkah aktif berhijrah daripada paradigma kerja yang didorong oleh keperluan penyelidikan akademik berasaskan keperluan untuk mengetahui kepada kegiatan mempromosi maklumat dan memudahkan akses maklumat kepada masyarakat dunia," titah Sultan Nazrin.
Sultan Perak itu juga bertitah, arkib tidak lagi berperanan sekadar mengumpul dan menyimpan bahan-bahan secara pasif, tetapi beralih untuk membangunkan peranan sebagai pemboleh akses, bertukar daripada penyimpan rekod kepada pembekal maklumat, berusaha menghidupkan minat dan mencetuskan keghairahan masyarakat terhadap sejarah.
Oleh itu, baginda bertitah keperluan perkhidmatan baharu hendaklah dipadankan dengan prasarana perkhidmatan yang baharu di samping kesediaan pegawai arkib berhijrah menerokai budaya kerja baharu.
"...bermakna sumber manusia yang lebih profesional serta dana lebih tinggi diperlukan demi memastikan arkib tidak berakhir menerima nasib sebagai kawasan perkuburan terbiar yang terpinggir sunyi dan profesion pegawai tidak menerima nasib dinosaur yang pupus ditelan zaman kerana ditinggalkan oleh teknologi elektronik yang begitu pesat berkembang.
"Perkembangan persekitaran yang berlaku tidak harus ditafsirkan sebagai ancaman sebaliknya hendaklah dilihat sebagai hamparan peluang baharu yang menyuntik dimensi lebih dinamik terhadap profesion pegawai arkib," titah Sultan Nazrin.
Dalam titah perasmian itu juga, Sultan Nazrin secara peribadi memuji tahap profesionalisme para pegawai arkib serta kualiti, keandalan dan kesahihan khazanah maklumat dalam simpanan Arkib Negara yang banyak membantu ketika baginda menghasilkan dua buku sebelum ini dan kini sedang dalam proses menghasilkan buku ketiga.
Sultan Nazrin dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang menyediakan peruntukan bagi membina bangunan arkib yang moden di Perak dan berharap Arkib Negara Malaysia terus maju dan berupaya berdiri sama tinggi dengan institusi arkib antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020

Sultan Nazrin berkenan menyaksikan demonstrasi proses membaikpulih bahan arkib di galeri selepas baginda merasmikan bangunan Arkib Negara Malaysia negeri Perak di Meru, di Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Titah penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 hari ini.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.