KUCHING: Petani serta nelayan perlu mengubah mentaliti yang terlalu mengharapkan bantuan subsidi daripada kerajaan, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Stephen Rundi Utom.
Beliau berkata sebaliknya mereka seharusnya perlu memupuk sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung.
Jelasnya, bantuan atau insentif adalah lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru memasuki dan memulakan kerjaya dalam bidang pertanian.
"Sampai bila mereka perlu diberikan subsidi, mereka akan selamanya bergantung kepada bantuan. Pada mulanya memang saya berpendapat kita perlu beri bantuan tetapi ia tidak boleh selamanya sama ada anda petani atau nelayan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada acara rakaman pentas Aco Lepa Ajau Birami Gawai oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, malam tadi.
Sementara itu, mengambil contoh nelayan, Rundi berkata beliau faham bahawa mereka tidak boleh turun ke laut dalam beberapa bulan setahun kerana musim tengkujuh namun mereka harus memikirkan pendapatan lain semasa waktu tersebut.
"(Sekiranya bantuan ingin diberikan), Kita perlu mencari kaedah bagaimana kita dapat lakukan bantuan ini secara efektif dan lebih lestari," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Jelas Stephen bantuan atau insentif adalah lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru memasuki dan memulakan kerjaya dalam bidang pertanian. - Foto fail/BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.

PM jamin sebarang kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti perniagaan, 85 peratus isi rumah terus dapat subsidi
Anwar berkata sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua 2025 tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.

Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi
Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.

Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.

85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.