Penyedia perkhidmatan pengangkutan bandar, Uber Malaysia, sentiasa bertemu dan berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), untuk menambah baik pengangkutan bandar.
Pengurus Besarnya, Leon Foong berkata, perbincangan itu produktif dan tertumpu kebanyakannya kepada kepentingan pengguna dan orang ramai, keselamatan serta bagaimana menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih dipercayai.
"Semuanya berjalan dengan baik dan kami berharap mendapat penyelesaian yang memberi manfaat kepada pengangkutan bandar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perbincangan panel mengenai 'Industri Vs Siswazah: Jangkaan Tidak Sepadan' di sini, hari ini.
Foong, yang enggan menjelas lebih lanjut berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kemungkinan hasil daripada perbincangan itu.
Meskipun beberapa pengusaha teksi meminta kerajaan mengharamkan perkhidmatan Uber, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Abdullah Serigar baru-baru menggalakkan pengusaha teksi bekerjasama dengan perkhidmatan teksi alternatif seperti Uber untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada penumpang di bandar raya utama di seluruh negara.
Pada 4 Dis, Mohd Irwan dilaporkan sebagai berkata model perniagaan Uber membolehkan rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.
Majlis hari ini yang dianjurkan oleh INTI International University & Colleges, mendedahkan dapatan kaji selidik yang dijalankannya mengenai jangkaan tidak sepadan antara industri dan siswazah dari segi kemahiran dan gaji.
Ketua Pegawai Eksekutif INTI, Rohit Sharma, berkata ibu bapa dan pelajar mengharapkan gaji permulaan RM3,400 manakala purata pasaran ialah antara RM2,100 and RM2,500.
"Terdapat juga jurang ketara dalam kepentingan yang diletakkan bagi kemahiran komunikasi, dengan 55 peratus majikan menyatakan ini sebagai kemahiran insaniah paling kritikal manakala hanya kurang daripada separuh pelajar yang dikaji meletakkan kepentingan yang sama bagi kemahiran komunikasi," katanya.
Bernama
Tue Dec 15 2015

Perbincangan tertumpu kepada kepentingan pengguna, keselamatan serta bagaimana menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih dipercayai. -Gambar fail

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.

Uber bekerjasama dengan SPAD kawal selia aktiviti
Uber Malaysia akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam mengawal selia perkhidmatan perkongsian kenderaan itu.

Uber Malaysia sasar wujudkan 100,000 pekerjaan
Uber Malaysia mensasarkan untuk mewujudkan kira-kira 100 ribu peluang pekerjaan dan keusahawanan baru menjelang tahun 2017.

Uber, agensi kerajaan bincang tambah baik pengangkutan bandar
Perbincangan itu produktif dan tertumpu kebanyakannya kepada kepentingan pengguna dan orang ramai, keselamatan serta bagaimana menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih dipercayai.

Demonstrasi pemandu teksi: 'Mereka adalah golongan minoriti' - Pengurus Besar Uber
Pengurus Besar Uber berkata, Kuala Lumpur tidak harus dikuasai persatuan-persatuan pengusaha teksi yang tidak mengendahkan teknologi pintar dan hidup seperti zaman dahulu.