Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengusaha kereta sapu profesional, Uber dan Grabcar untuk beroperasi secara sah di negara ini.
Bagaimanapun, perkhidmatan itu dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang akan ditetapkan untuk membolehkan sistem kereta sapu itu beroperasi.
Memetik laporan Berita Harian hari ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi adalah pemandu perlu didaftarkan dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV).
Selain itu, kenderaan mereka perlu diperiksa secara berkala dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) serta dilengkapi insurans khas untuk melindungi penumpang.
Aziz dilaporkan berkata, satu rumusan dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas bengkel yang dikendalikan kementerian itu dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diadakan pada masa terdekat.
"Sementara pengumuman dibuat, kerajaan tidak ada sebarang upaya untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana operasinya berkonsepkan perkhidmatan maya.
"Justeru, selepas peraturan diperkenalkan nanti, kawalan dapat dibuat dengan lebih terperinci," kata Abdul Aziz.
Dalam laporan yang sama, Abdul Aziz berkata, SPAD merancang memperkenalkan satu sistem baharu, iaitu teksi mini, yang turut akan diumumkan secara terperinci selepas ia dimuktamadkan kelak.
Astro Awani
Thu Dec 17 2015
Antara syarat yang perlu dipatuhi pemandu kereta sapu Uber adalah mereka perlu didaftarkan dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV). - Gambar Fail
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Kementerian Pengangkutan ambil tindakan isu minta bayaran ketika bantuan kecemasan
Kementerian Pengangkutan akan bincang dengan JPJ dan KPDNKK berhubung tindakan isu minta bayaran ketika bantuan kecemasan
Teksi bakal dibekalkan aplikasi seperti Uber dan Grabcar
Aplikasi itu akan dibangunkan bersama pengendali rangkaian dalam usaha untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna.
Tiada keperluan kekalkan AES jika Kejara berkesan - Mahfuz
Mahfuz berkata jika sistem demerit dilaksanakan, pemberian denda untuk menghukum pemandu akan menjadi tidak relevan.
Uber, Grabcar mungkin dibenarkan beroperasi secara sah
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengusaha kereta sapu profesional, Uber dan Grabcar untuk beroperasi secara sah di negara ini.
MH370: Penyiasat Malaysia ke Maldives malam ini siasat serpihan - Ab Aziz Kaprawi
Pasukan penyiasat Malaysia akan berlepas ke Maldives malam ini untuk melakukan pengesahan awal terhadap beberapa objek dipercayai serpihan pesawat.
MH370: Malaysia-Perancis bincang Isnin ini - Aziz Kaprawi
Kerajaan Perancis akan mengadakan perbincangan dengan pasukan siasatan Malaysia Isnin ini berhubung penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang didakwa mungkin milik MH370.
Pampasan akhir hanya selepas isu MH370 selesai
Kerajaan komited untuk menyelesaikan isu pampasan bagi keluarga anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370.
LCCT ditutup 9 Mei
Penerbangan pertama yang akan dikendalikan di KLIA2 adalah Cebu Pacific, Malindo Air, Tiger Airways dan TigerAir Mandala.