Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya mengambil masa kurang daripada lapan minit sahaja untuk mencuit hati para peserta satu persidangan di ibu negara India dengan kata-kata spontan dan ucapannya yang berterus-terang.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah antara 10 penceramah pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 Nehrus Worldview and his Legacy: Democracy, Inclusion and Empowerment. (Pandangan Dunia Nehru dan Legasinya: Demokrasi, Penglibatan dan Pemerkasaan)
Sebelum itu, para peserta kelihatan kepenatan ketika Shahrizat ke pentas untuk memulakan ucapan beliau.
"Selepas makan tengah hari yang hebat dan dengan tidak kurang daripada 10 penceramah...rasanya macam nak 'buat' anak. Nampak saja mudah, tetapi percayalah, bukan senang nak melahirkannya. Oleh itu, harap Tuan dapat bersabar dengan saya," katanya kepada pengerusi sesi itu, yang membuat anggota perwakilan ketawa.
Dengan kata-kata pembuka bicara yang menarik itu, beliau meneruskan ucapannya: "Namun, saya perlu mengingatkan anda semua bahawa nama saya ialah Shahrizat iaitu versi Melayu bagi nama Parsi, Sha-ha-ra-zat. Bagi anda yang tidak tahu, Shah-ha-ra-zat boleh bercerita sehingga 1001 malam. Jadi, nampaknya anda tidak akan pulang awal."
Setelah para peserta kembali cergas, Shahrizat memperkatakan mengenai Jawaharlal Nehru, perdana menteri pertama India yang memberi sumbangan besar kepada dunia termasuk memperkasakan wanita.
"Saya dapati Encik Nehru mahukan wanita supaya memainkan peranan mereka sebagai warganegara yang saksama dalam pembangunan negara. Tidak seperti di Barat, wanita di India mendapat hak untuk mengundi pada masa yang sama dengan lelaki.
"Sama juga bagi wanita Malaysia yang bertuah kerana Perdana Menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman berkata 'Sebelum kita berjuang untuk kemerdekaan negara, kita mesti berjuang untuk kebebasan wanita kita'."
Shahrizat berkata sesuai dengan semangat Nehru, wanita di Malaysia telah dapat menceburi pelbagai sektor.
"Wanita juga adalah rakan pintar bagi lelaki dalam membangunkan negara, seperti mana yang berlaku di India. Kami di Malaysia mengamalkan demokrasi inklusif yang memperkasakan terutamanya golongan muda dan wanita,"kata Shahrizat sambil disambut dengan tepukan gemuruh daripada para peserta wanita.
Naib Presiden Kongres Kebangsaan India, Rahul Gandhi, turut memuji ucapan Shahrizat.
"Saya lihat anggota perwakilan wanita memberi tepukan gemuruh. Saya berharap anda mendapat banyak sokongan dalam segala-galanya (yang anda lakukan). Jika mereka tidak (berikan sokongan), anda boleh datang ke sini," katanya dalam nada seloroh.
Pada akhir sesi itu, para anggota perwakilan bergilir-gilir memuji Shahrizat.
Seorang anggota perwakilan berkata: "Ucapan anda menyegarkan...hilang rasa mengantuk kami."
Seorang lagi anggota perwakilan pula berkata: "Saya akan menjemput anda menghadiri perhimpunan pilihan raya saya yang akan datang."
Bernama
Tue Nov 18 2014
Shahrizat pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 Nehrus Worldview and his Legacy: Democracy, Inclusion and Empowerment di New Delhi - Gambar Fail
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Shahrizat sahkan tidak akan bertanding di Sungai Besar
Shahrizat sahkan tidak akan bertanding di Sungai Besar
Sms palsu fitnah calon BN - Shahrizat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan pembangkang menyebarkan sms palsu memfitnah calon BN boleh menjejaskan kredibiliti seseorang calon itu.