KELAB dari Serie A, Atalanta, mudah membenam Liverpool dengan jaringan 0-3 awal pagi tadi, sekali gus memberikan cabaran getir buat anak-anak buah Jurgen Klopp untuk layak ke pusingan seterusnya.
Selepas disingkirkan oleh Manchester United dalam suku akhir FA Cup, Liverpool kini berkemungkinan akan tersingkir dalam saingan Liga Eropa UEFA (UEL).
Seawal minit ke-38, penyerang prolifik Atalanta, Gianluca Scammaca, menyumbat gol pertama hasil hantaran lintang daripada Davide Zappacosta yang mudah mengelirukan pertahanan pasukan Liverpool.
Pada babak kedua, Klopp, memasukkan Andrew Robertson, Dominik Szoboszlai dan Mohamed Salah bagi membantu bahagian serangan untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi tidak membuahkan hasil.
Atalanta yang dikendalikan oleh jurulatih yang berasal dari Itali, Gian Piero Gasperini, menambah derita buat penyokong The Reds di Anfield, apabila Gianluca Scammaca, sekali lagi menjaringkan gol kedua perlawanan selepas tidak dikawal oleh pertahanan Liverpool.
Pemain tengah dari Croatia, Mario Pasalic, terus menjarakkan jurang dengan menghadiahkan gol kemenangan buat La Dea pada minit ke-83 dengan jaringan cantiknya untuk Atalanta pulang membawa bekalan tiga gol di aksi timbal balik seterusnya.
Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Atalanta, Juan Musso, yang bertindak cemerlang menyelamatkan gawang gol mereka daripada percubaan berbahaya pasukan Liverpool. - Stadium Astro
Astro Arena
Fri Apr 12 2024

Pemain Liverpool Cody Gakpo ketika diasak pemain Atalanta Mario Pasalic dalam perlawanan suku akhir Liga Europa di Stadium Anfield. - Foto AP
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

UCL: Gol dramatik Harvey Elliott pacu Liverpool benam PSG
Elliott hanya perlukan 46 saat selepas masuk dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-87 di Parc des Princes.

EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!
Jaringan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberi kemenangan terbaru Liverpool, manakala Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest.

Kata Salah, dia bantu pemain di sekelilingnya menjadi lebih baik
Menurut Salah, apa yang sedang dinikmatinya hari ini merupakan sebahagian daripada proses kematangan.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah
Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua sementara Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.