KUALA LUMPUR:UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) menaja sepasang zirafah dikenali sebagai Mas Boy dan Mas Kira sebagai haiwan angkat hari ini menerusi program 'Adopt an Animal' anjuran Zoo Negara.
UEM Edgenta dalam kenyataan hari ini memaklumkan komitmen terhadap program ini adalah selaras dengan matlamat syarikat untuk menyokong pihak berkepentingan utamanya seperti Zoo Negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 melalui aktiviti pembangunan komuniti yang positif dan berimpak tinggi.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Syahrunizam Samsudin berkata pihaknya amat berbangga dapat memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk bersama-sama membantu Zoo Negara dengan menaja sepasang zirafah yang comel.
"Inisiatif ini dapat memperluaskan komitmen UEM Edgenta dalam usaha ke arah kelestarian, serta mempromosikan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus yang baik bersama rakan strategik seperti Zoo Negara.
"UEM Edgenta berharap lebih banyak organisasi dan individu dapat tampil untuk membantu Zoo Negara bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan haiwan-haiwan ini," katanya.
UEM Edgenta memberitahu zirafah spesies 'Nubia' itu atau nama saintifiknya Giraffa Camelopardalis dikategorikan sebagai satu daripada sembilan subspesies yang terancam di dunia.
Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar, populasi zirafah liar telah berkurang sebanyak 40 peratus sejak tiga dekad lepas dengan jumlah terkini kurang daripada 100,000 ekor.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berterima kasih kepada UEM Edgenta atas sokongan ikhlas dan padu yang diberikan demi kesejahteraan zirafah dan juga membantu Zoo Negara menerusi program yang berimpak tinggi.
"Kami mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan orang ramai sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini. Sumbangan tersebut akan terus digunakan untuk menyediakan penjagaan yang sempurna kepada haiwan kami di zoo," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

UEM Edgenta berharap lebih banyak organisasi dan individu dapat tampil untuk membantu Zoo Negara bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan haiwan-haiwan ini. - Gambar fail

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara
Usaha bersama Zoo Negara itu adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memelihara kesejahteraan haiwan.

Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka
Zirafah betina bernilai lebih RM200,000 itu dibawa masuk menerusi inisiatif menaik taraf Zoo Melaka.

Bangsal zoo terbakar, dua ekor zirafah ditemui mati
Menurut seorang pekerja zoo berkenaan, salah zirafah yang mati itu dikenali sebagai Waffles, berusia 6 tahun

Zirafah lompat keluar dari lori, kejutkan pengguna jalan raya
Memetik laporan AP, dua ekor zirafah dipercayai berjaya keluar dari sebuah lori dan salah seekor berjaya ditangkap.

Pelancong kritikal dihempap zirafah 750 kilogram
Seorang pelancong dari Switzerland bertarung nyawa selepas bas mini yang dinaiki merempuh seekor zirafah dalam kejadian di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan, lapor The Telegraph.

Zoo Negara terima kelahiran anak zirafah betina
Anak zirafah seberat kira-kira 50 kilogram dengan ketinggian kira-kira 1.4 meter itu dilahirkan pada waktu pagi.

Bunuh keluarga babun: Pegawai hidupan liar digesa letak jawatan
Pegawai jabatan hidupan liar di Idaho diberhentikan perkhidmatan semalam selepas fotonya bersama keluarga baboon dan hidupan liar dibunuh semasa aktiviti pemburuan dijalankan di Afrika September lalu.

YouTube umum video zirafah bunting di zoo catat rekod lebih 200 juta tontonan
Zirafah bernama April itu menjadi bintang internet selepas zoo Animal Adventure Park memulakan penstriman secara langsung, Februari lalu.