KAMPALA: Uganda pada Jumaat melancarkan kempen vaksinasi besar-besaran untuk demam kuning yang menyasarkan sekurang-kurangnya 13.4 juta penduduknya, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
"Kempen Vaksinasi Besar-besaran Pencegahan Demam Kuning akan diadakan dalam tiga fasa. Fasa I, yang kami lancarkan hari ini, akan dijalankan di enam wilayah meliputi 51 daerah," katanya ketika melancarkan kempen itu di daerah Lira di utara Uganda.
Beliau berkata peringkat kempen itu ditentukan oleh kekurangan vaksin demam kuning di seluruh dunia.
"Bagaimanapun, kami bertuah sebagai sebuah negara apabila diperuntukkan 13.4 juta dos yang cukup untuk fasa satu ketika hanya 55 juta dos tersedia di seluruh dunia."
Program vaksinasi itu akan berlangsung antara 9 hingga 13 Jun dan kementerian menyeru rakyat Uganda agar mengambil vaksin secara percuma dan selamat. Mereka yang berumur antara sembilan bulan dan 60 tahun layak menerima vaksinasi sekali seumur hidup.
Menurut kementerian, demam kuning adalah penyakit virus yang ditularkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti. Antara gejalanya termasuk demam, sakit kepala, muntah, keletihan, sakit otot, loya, dan jaundis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Peringkat kempen itu ditentukan oleh kekurangan vaksin demam kuning di seluruh dunia. - Gambar hiasan/Pexels
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.
Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan bahawa kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman oleh Israel dan perpindahan penduduk.
Kerajaan belum cadang laksana program vaksinasi mpox di Malaysia
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau mpox untuk rakyat negara ini.
Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia
Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.
Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.
Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.
Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.
Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.