KUCHING:Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka arteri jantung di sebuah hospital swasta di sini.
Perkara itu dimaklumkan pembantu terdekatnya yang turut mengesahkan Uggah akan bercuti rehat selama sebulan.
Tambahnya lagi, Uggah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Beliau pada masa sama berharap agar rakyat Sarawak sentiasa waspada serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum itu hadir ke hospital berkenaan pada pagi Selasa untuk mendapatkan rawatan kerana tidak sihat
.
Sepanjang tempoh rehat berkenaan tugas mempengerusikan mesyuarat harian (JPBNS) akan diwakili individu lain yang akan dimaklumkan nanti.
Sebelum ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pernah mewakili Uggah mengadakan sidang media COVID-19.
Astro Awani
Tue Nov 17 2020

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.- Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih banyak program CSR penjagaan kesihatan, pendidikan di luar bandar - Uggah
Badan korporat perlu mengadakan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan pendidikan.

PKP atau tidak di Sarawak akan diumumkan esok
JPBN Sarawak akan mengeluarkan kenyataan berhubung status pelaksanaan PKP bagi negeri itu, esok.

Ketua Menteri Sarawak ziarah Uggah di hospital
Ini selepas Timbalannya itu dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan kecil bagi membuka saluran arteri jantung.

Uggah selamat jalani pembedahan kecil, bercuti rehat sebulan
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka arteri jantung pada pagi Selasa.

COVID-19: Satu kes positif, kluster pekerja asing dikesan di Sarawak
Satu kes positif COVID-19 di Sarawak melibatkan warganegara Indonesia yang dikesan melalui kontak rapat kepada kes positif yang dilaporkan pada 7 Jun lepas.

Tujuh hari berturut-turut Sarawak tiada kes baharu COVID-19
Kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 544 kes selepas tiada kes baharu direkodkan untuk tempoh tujuh haru berturut-turut.

COVID-19: Pelajar ke Sarawak wajib diambil sampel sebelum dikuarantin
Langkah mengambil sampel serta merta dibuat susulan kewujudan kluster dalam kalangan pelajar universiti di luar Sarawak.

COVID-19: Saya harap tiada gelombang ketiga, bekalan ubat cukup - Uggah
Sarawak sentiasa bersiap siaga menghadapi kemungkinan gelombang ketiga COVID-19 termasuk menguatkuasa Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan zon merah.

Pilihan Raya Sarawak: 'Awas taju pembangkang, badinya rosak masa depan'
Menurut kepercayaan masyarakat Iban pada zaman dahulu, jika disentuh 'taju remaung' itu, mereka akan terkena badi dan akan mati.

Panda China akan ditempatkan di Zoo Negara
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata Zoo Negara dipilih berdasarkan keputusan kabinet yang dibuat bulan lepas.