TAMPIN: Hos jualan dalam talian didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu.
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah kepada tunangnya dengan cara mengeluarkan perkataan "saya pijak muka awak, saya bunuh awak dekat sini awak nak tengok, awak nak tengok saya punya tak waras, kalau saya tak dapat awak orang lain pun memang tak dapat awak, saya bunuh awak di sini, saya tak takut pun masuk penjara".
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 17 Mei lalu, lebih kurang jam 11.30 pagi di dalam kereta berhadapan sebuah restoran makanan segera di pekan Rembau.
Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen tersebut, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM3,000 dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara 10 bulan.
Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, masa dan tempat yang sama, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan cedera kepada individu sama dengan cara menumbuk di bahagian pipi kanannya.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan ini, tertuduh dikenakan denda RM1,200 dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara empat bulan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd Isa. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 24 2024

Megat Amir Muhaimin (baju putih) didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.

Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu laporan SKMM
Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sebelum ini telah membuka tiga kertas siasatan membabitkan dakwaan ugutan bunuh tersebut.

Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun
Terdapat tiga laporan diterima membabitkan kes tersebut dan tiga kertas siasatan telah dibuka.

Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM
PDRM memohon bantuan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.

Lelaki mengaku salah ugut bunuh, cederakan ibu kandung
Kumaran membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret.

Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin
Keputusan seorang wanita untuk tidak berkahwin dengan teman lelakinya mengundang amarah suspek apabila mengugut mahu membunuh mangsa.

Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik
Tertuduh telah memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.

Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri
Seorang pekerja dobi didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan mengugut untuk membunuh bekas isterinya kerana berebut hak milik rumah.

Diugut bunuh ketika terima panggilan kecemasan
Menurutnya, individu tersebut kemungkinan dalam keadaan panik sehingga mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap dirinya.

Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.