Suspek utama yang dipercayai mengugut tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Dengkil-Puchong dekat sini minggu lepas sedang diburu.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Mohd Yusoff Awang berkata dalam kejadian 11.40 pagi pada 16 Dis itu, Ang Gee Thiam atau nama gelarannya 'Ah Thiam', 24, yang memandu kereta jenis Toyota Hilux telah menghimpit dan melanggar kereta Proton Waja yang dinaiki tiga anggota penguat kuasa JPJ yang baharu selesai menjalankan Ops Muatan.
"Selepas melanggar kereta Proton Waja tersebut, suspek yang menghentikan keretanya di tepi jalan telah keluar serta menunjukan isyarat 'tembak' kepada ketiga-tiga pegawai JPJ itu.
"Ketiga-tiga pegawai tersebut tidak memberi sebarang respons sebaliknya terus berlalu dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas majlis perlupusan barang kes komputer perjudian di perkarangan pakir kereta peronda polis di IPD Sepang di
sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Mohd Yusoff berkata polis turut menahan dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan.
"Polis turut merampas dua kereta Toyota Hilux di Banting pada pukul 4 pagi esoknya," katanya.
Terdahulu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sepang, ASP Mohd Iqbal Ibrahim berkata polis Sepang merampas 1,947 mesin perjudian dalam 1,126 serbuan setakat ini tahun ini.
"Mahkamah telah memberi kelulusan untuk melupuskan 1,209 unit mesin perjudian yang bernilai RM483,600," katanya.
Mohd Iqbal berkata polis telah membuka 156 kertas siasatan di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sebanyak 77 kertas siasatan telah diselesaikan manakala 126 kes telah dituduh di mahkamah, katanya.
Bernama
Mon Dec 22 2014

YUSOFF: Polis turut menahan dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Ugut pegawai penguat kuasa JPJ, Ah Thiam diburu
Suspek utama yang dipercayai mengugut tiga anggota penguat kuasa JPJ di Jalan Dengkil-Puchong dekat sini minggu lepas sedang diburu.