SHAH ALAM: Polis menerima dua laporan daripada pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang yang mendakwa menerima nota berunsur ugutan selain kenderaan disimbah cat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua kejadian ini berlaku hari sama pada Khamis melibatkan dua individu.
Menurutnya, kejadian pertama berlaku di tempat letak kereta terbuka di Taman Dagang Jaya, Ampang kira-kira jam 6.30 pagi di mana kereta pengadu jenis Proton Saga telah disimbah cat.
"Selain itu, turut dijumpai helaian kertas nota yang ditinggalkan berdekatan dengan kereta pengadu dengan tulisan perkataan-perkataan yang berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah Hussein, kejadian kedua kira-kira jam 3.15 pagi di Kajang di mana kenderaan kru filem itu telah dibaling dengan plastik lutsinar berisi cecair cat.
Katanya, turut ditemui satu sampul surat warna putih yang ditulis perkataan-perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu.
"Selain itu pengadu juga turut menerima mesej melalui telefon yang berunsur ugutan jenayah terhadap diri dan keluarga pengadu," ujarnya.
Jelasnya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah melalui panggilan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya," katanya.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan negara.
"Pihak polis mengambil serius kejadian ini dan akan menyiasat sehingga mereka yang terlibat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.
"Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan atau perbuatan yang melanggar undang-undang," ujarnya.
Justeru, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung dengan dua kejadian terbabit untuk tampil dengan menghubungi mana-mana balai polis yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804 (IPD Kajang) dan Inspektor Alif ditalian 018-9834211 (IPD Ampang) bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023
Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua kejadian ini berlaku hari sama pada Khamis melibatkan dua individu. - Foto fail/BERNAMA
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan yang melarang tayangan filem itu.
Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.
Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.
Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi
Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.