JASIN: Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.
Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan Exco Melaka berkata laporan yang dibuat kira-kira 5 petang tadi, adalah bagi melindungi keselamatan diri dan keluarga daripada ancaman.
"Saya fikir ia perkara yang serius untuk saya melindungi keselamatan ahli keluarga, walaupun pada mulanya saya tak nak buat.
"Kita tunggu apa keputusannya selepas ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan," katanya kepada media selepas membuat laporan tersebut.
Dr Muhamad Akmal berkata meskipun menerima ugutan sebegitu, beliau tidak akan berganjak walaupun seinci dalam isu kalimah Allah pada stoking baru-baru ini.
Beliau berkata perkara itu bukan isu politik dan perkauman, tetapi isu bagaimana umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk membela agama daripada dihina.
"Walaupun dengan ugutan yang ada ini, saya tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kami," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Terdahulu dalam satu video yang dimuat naik di Facebook, Dr Muhamad Akmal mendakwa ugutan bunuh itu dimaklumkan oleh seorang individu tidak dikenalinya, ketika dalam perjalanan ke satu program di Lipat Kajang, di sini pagi tadi.
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kelantangan beliau dalam memperkatakan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah sejak kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi. - Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.

Ugutan bunuh: Dr Akmal buat laporan polis
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.

Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.

Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.

Isu stoking tertera kalimah Allah: Syabas MAINJ, polis - Tunku Mahkota Ismail
Pemangku Sultan Johor ucap syabas kepada MAINJ dan PDRM atas tindakan yang telah diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular, baru-baru ini.

Isu stoking: Jangan beri muka pihak mainkan isu 3R - MIICCI
Kerajaan digesa mengheret pelaku yang menyentuh sensitiviti agama Islam ke muka pengadilan agar dikenakan hukuman berat termasuk mempertimbangkan untuk melucutkan kewarganegaraan mereka.