SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.


Ringkasan AI
  • UiTM mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
  • Solat hajat ini berlangsung selama tiga hari sebagai tanda keprihatinan warga UiTM terhadap Sultan Ibrahim yang juga merupakan Canselor UiTM.
  • Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan, diiringi oleh Tunku Panglima Johor dan Tunku Putera Johor.


UiTM dalam kenyataan memaklumkan solat hajat itu yang bermula semalam akan turut diadakan hari ini dan esok sebagai keprihatinan warga universiti berkenaan terhadap Sultan Ibrahim yang juga merupakan Canselor UiTM.

"Seluruh warga UiTM mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

"Semoga Seri Paduka Baginda terus diberikan kekuatan untuk memayungi negara dan rakyat Malaysia dengan keadilan serta kebijaksanaan," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan diiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

-- BERNAMA