SHAH ALAM:Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bertaraf global dan tempatan bagi membuka peluang kepada pelajarnya menerokai bidang keusahawanan.
Tiga syarikat berkenaan ialah Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd (Shopee Mobile Malaysia), Xinn Global Sdn Bhd (Xinn Global) dan Simply SS Trading (Simply SS Trading) Sdn Bhd.
MoU itu ditandatangani Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim manakala Shopee Mobile Malaysia diwakili Ketua Shopee Mall iaitu Kenneth Soh, Simply SS Trading oleh presidennya Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan Zohriyyah Mokhtar, wakil Bahagian Pembangunan Perniagaan Xinn Global dengan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Syed Zainal Abidin berkata MoU itu merupakan kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi bidang keusahawanan memandangkan situasi semasa pandemik COVID-19 dilihat agak menyukarkan mereka mendapat pekerjaan.
"Disebabkan UiTM bimbang bakal graduan kami sukar mendapat pekerjaan ekoran impak COVID-19, maka kami wujudkan inisiatif ini bagi memastikan mereka boleh berdikari dengan menjadi usahawan.
"Dengan usaha ini, kita harap kepakaran yang ada pada ketiga-tiga syarikat dapat membantu, mendidik, melatih dan memberi peluang kepada pelajar UiTM menjadi usahawan sama ada secara dalam talian atau kiosk," katanya pada sidang media selepas majlis itu di sini semalam.
Mengulas lanjut, Syed Zainal Abidin berkata bagi kerjasama dengan Simply SS Trading yang terkenal dengan produk kecantikan, tiga cawangan UiTM iaitu di Machang, Kelantan; Dungun, Terengganu dan Jengka, Pahang akan menjadi projek rintis untuk pelaksanaan inisiatif perniagaan secara 'drop ship' atau pesan hantar itu.
Beliau berkata bagi usaha sama dengan Shopee Mobile Malaysia, UiTM akan memanfaatkan kepakaran syarikat itu untuk mewujudkan satu platform perniagaan secara dalam talian iaitu 'UiTM Marketplace' bagi memberi peluang kepada pelajar memasarkan produk termasuk keluaran mereka sendiri.
Menyentuh kerjasama dengan Xinn Global pula, Syed Zainal Abidin berkata syarikat pengeluar makanan jenis 'dim sum' itu akan menawarkan kiosk perniagaan kepada enam pelajar UiTM yang terpilih di Lembah Klang sebagai permulaan.
"Jika perniagaan mereka menampakkan hasil, kita akan tambah penglibatan pelajar untuk berniaga 'dim sum' secara kiosk termasuk di kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Mana-mana pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan, mereka akan dilatih oleh Akademi Pembangunan PKS dan Usahawan UiTM," katanya.
Pada masa sama, Siti Nurhaliza juga mengalu-alukan pelajar UiTM untuk meneroka bidang keusahawanan dan untuk menjadi ejen pesan hantar barangan Simply Siti, mereka tidak memerlukan modal sebaliknya hanya ilmu bagi memperoleh pendapatan.
"Bagi pelajar UiTM yang berminat, kita akan berikan latihan dan khidmat nasihat secara dalam talian serta bahan-bahan untuk mempromosi barangan (Simply Siti).
"Apa yang pelajar perlu ingat, untuk menjadi usahawan berjaya, perkara paling penting adalah kesungguhan dan sikap mahu berusaha.
"Saya pilih tiga kampus di pantai timur sebab kita tahu orang pantai timur minat berniaga, maka kita mulakan di lokasi itu dahulu dan sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, kita buka ke seluruh negara pula," katanya yang menyasarkan 600 pelajar UiTM akan menjadi ejen pesan hantar syarikatnya menerusi projek rintis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020
Syed Zainal Abidin (berdiri, kiri) menyaksikan (duduk, dari kiri) Kenneth Soh, Mohd Azraai, Siti Nurhaliza dan Zohriyyah menandatangani dokumen pada Majlis Menandatangani MoU di Hotel UiTM Shah Alam 24 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Angka kematian kebakaran hotel Turkey meningkat ke 76 orang
76 maut dalam kebakaran resort ski Bolu, Turkey. Pihak berkuasa jalankan ujian DNA, 9 individu ditahan. Punca kejadian masih disiasat
Trump mulakan penggal baharu, populariti 47 peratus
Seramai 47 peratus rakyat Amerika menyokong kepimpinan Donald Trump semasa beliau memulakan penggal baharu di Rumah Putih minggu ini, menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang selesai pada Selasa.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Qatar mahu PM kembali mentadbir di Gaza
PM Qatar menyeru Pihak Berkuasa Palestin kembali mentadbir Gaza selepas perang, menegaskan hanya penduduk Gaza berhak menentukan masa depan wilayah itu.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Lebih 2,400 trak bantuan masuki Gaza
Hampir 900 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada Selasa, hari ketiga gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tiada isu penjarahan besar berlaku.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza dalam tiga hari ini telah melebihi 2,400 unit.
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal
Muhannad Hadi, wakil PBB, gembira melihat penduduk Gaza mula bersihkan kawasan dan kembali ke tempat asal tanpa bergantung kepada bantuan kemanusiaan.
WEF 2025: Malaysia belum ada keperluan mendesak guna tenaga nuklear - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum ada “keperluan mendesak” untuk menerima guna tenaga nuklear kerana masih melihat banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa ASEAN (APG). Bagaimanapun, beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Malaysia mahu tambah baik FTA, merangkumi pendigitalan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendigitalan merupakan "komponen yang tercicir" dalam semua perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia sebelum ini.
UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
UiTM menafikan dakwaan bahawa universiti itu memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lepas.
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.