KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran menjadikan perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai medan terakhir menilai potensi pemain asing sebelum memutuskan untuk menaturalisasikan mereka beraksi bersama skuad negara.
Bekas pengendali skuad kebangsaan B. Sathianathan berkata, menerusi siri aksi persahabatan, ketua jurulatih dapat melihat lebih jelas kesesuaian dan keberkesanan kehadiran pemain asing dalam corak permainan pasukan kebangsaan berbanding hanya memantau mereka dalam saingan liga domestik.
Jelas beliau, pengambilan pemain naturalisasi bertujuan memperkuat pasukan tidak salah, namun proses pemilihan pemain perlu dilakukan dengan teliti dan mengambil kira semua aspek terutama pandangan serta penilaian ketua jurulatih.
"Saya setuju dengan idea menggunakan pemain naturalisasi jika dia adalah pemain yang baik, sesuai untuk bersama pasukan kebangsaan dan sesuai untuk berada dalam pelan jurulatih kebangsaan. Kita tidak perlu pandai-pandai (pilih), biar barisan jurulatih yang berikan kata akhir pemain itu sesuai atau tidak bersama pasukan.
"Jurulatih juga boleh uji pemain tersebut dalam beberapa perlawanan persahabatan untuk pastikan mereka betul-betul boleh memberikan impak bersama skuad kebangsaan. Pada saya tidak boleh ambil (pemain naturalisasi) dan terus beraksi pada kejohanan," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, Sathianathan menegaskan program naturalisasi kelolaan FAM wajar diteruskan tatkala keberkesanan program itu kini dipertikai susulan prestasi tidak memberangsangkan tiga pemain naturalisasi negara pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 baru-baru ini.
"Program ini masih belum gagal sehingga kita dapat layak ke Piala Asia, meskipun jika tidak layak apakah kegagalannya? Mungkin kegagalan itu adalah kita tidak pernah betul-betul memilih pemain yang sesuai untuk digunakan oleh pasukan," kata Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) itu.
Sehingga kini, FAM telah menaturalisasikan tiga pemain iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Guilherme De Paula (Brazil) dalam merealisasikan misi skuad kebangsaan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Jumlah itu mungkin bertambah dalam masa terdekat apabila dua pemain import Liga Malaysia (Liga-M) antaranya tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos (Penang FC) kini dikaitkan bakal menjadi pemain naturalisasi terbaharu pasukan negara.
Sementara itu, Sathianathan berkata segala kekurangan dan kelemahan skuad kebangsaan dalam perlawanan berintensiti tinggi seharusnya dipandang serius dan usaha mengatasi perkara tersebut perlu dibuat seawal peringkat akar umbi.
"Kita kena belajar daripada apa-apa kesilapan kita, benda-benda (kelemahan dan kekurangan) macam ini kena bawa ke NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) atau akademi bola sepak untuk kita ajar dan betulkan kepada pemain muda," jelas beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021

Sathianathan menegaskan program naturalisasi kelolaan FAM wajar diteruskan tatkala keberkesanan program itu kini dipertikai susulan prestasi tidak memberangsangkan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ong Kim Swee presiden baharu PJBM
Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan.

Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
Nantikan episod kedua SEPULUH yang akan bersiaran pada Jumaat, 1 Disember ini, jam 10 malam di Astro Arena.

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Sathianathan
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Arena bola sepak Malaysia hilang pakar taktikal
Mendiang Sathianathan sentiasa tampil membela nasib jurulatih tempatan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji.

Disangka anak patung rupanya janin bayi dalam loji kumbahan
Seorang pekerja pembersih kumbahan terkejut melihat objek yang disangka anak patung rupanya janin bayi di loji kumbahan sebuah kawasan perumahan di Inanam.

Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun hari ini.

'Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023'
Skuad B-22 negara bakal berdepan saingan sengit Vietnam, Thailand, Indonesia yang merupakan antara pasukan kuat di rantau Asia Tenggara.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan
Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara.

Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan
B. Sathianathan menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian.