IPOH: Peningkatan kes harian positif COVID-19 di Perak adalah disebabkan oleh ujian calitan yang dilakukan secara besar-besaran di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin menasihatkan rakyat Perak agar tidak panik dengan kes harian negeri yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
"Jumlah yang semakin tinggi di Perak masa kini berikutan ujian calitan COVID-19 yang dilakukan secara besar-besaran di kawasan PKPD dan kita harap jumlah ini akan berkurangan. Sebagai contoh, kawasan PKPD di Selama sudah kali ke dua ujian calitan dijalankan buat penduduk kampung. Jadi semakin banyak kita lakukan ujian calitan di kawasan PKPD semakin bertambah jumlah positif.
"Kita harap rakyat tidak panik dan tidak risau namun mereka perlulah terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan betul," katanya kepada pemberita selepas meninjau program imunisasi COVID-19 di Poliklinik We Care Jelapang hari ini.
Menurutnya, keadaan dan jumlah pesakit kritikal COVID-19 di negeri ini juga masih terkawal dengan mencatatkan jumlah seramai 99 pesakit (COVID-19) ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negeri ini setakat Selasa lepas.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Mohd Akmal berkata sebanyak tiga pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi iaitu program kerjasama vaksinasi antara jabatan kerajaan dan pihak swasta bakal dibuka di negeri ini pada Ogos hadapan.
"Kita akan buka tiga PPV Integrasi pada Ogos ini iaitu PPV Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), PPV Tzu Chi di Taman Bercham Raya, Kinta dan PPV Kolej Telekom di Taiping. Selain itu, kita juga akan umumkan beberapa lagi pembukaan PPV yang baharu dari semasa ke semasa untuk merancakkan lagi program vaksinasi di Perak.
"Setakat ini, kira-kira 33,000 penerima vaksin disuntik dalam sehari di Perak dan terdapat 22 PPV Awam serta 89 Pusat Pemberian Vaksin Pengamal Perubatan (PPVGP) yang beroperasi di sini" jelasnya.
Dilapor sebanyak 596 kes positif baharu direkodkan di Perak hari ini manakala semalam sebanyak 406 kes baharu dicatatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Peningkatan kes harian positif COVID-19 di Perak adalah disebabkan oleh ujian calitan yang dilakukan secara besar-besaran di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.
Mayat lelaki lemas positif COVID-19 sebanyak 28 kali
Penemuan itu memberi penerangan baharu tentang kewujudan berterusan virus SARS-CoV-2 dalam mayat.
Varian Omicron: Saringan antigen calitan hidung kurang efektif
Hasil ujian PCR air liur mengesan virus Omicron secara purata tiga hari sebelum ujian calitan hidung menunjukkan keputusan positif.
COVID-19: Tiga hari tempoh sah laku ujian calitan untuk rentas daerah Zon Selatan - JPBN Sarawak
Keputusan ini berkuat kuasa mulai hari ini di Zon Selatan merangkumi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.
Jabatan Kesihatan Kelantan nafi beruk di Gua Musang positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan seekor beruk di Gua Musang, positif COVID-19.
Ujian calitan besar-besaran punca kenaikan kes COVID-19 di Perak
Peningkatan kes harian positif COVID-19 di Perak adalah disebabkan oleh ujian calitan yang dilakukan secara besar-besaran di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini.
Perlu buat ujian calitan COVID-19 sebelum masuk ke Kelantan - Exco
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata arahan itu telah berkuat kuasa mulai semalam.
Tokyo 2020: Saringan lebih ketat susulan kes dalam kalangan atlet
Beberapa langkah akan dipraktikkan dalam usaha menangani situasi pandemik itu daripada menjejaskan penganjuran kejohanan.
MFL saran pemain, pegawai pasukan Liga-M patuh SOP gelembung sukan
MFL sentiasa mengambil berat dengan pematuhan SOP semua pasukan yang bertanding, bagi membendung berlaku sebarang kluster pandemik COVID-19, sepanjang penganjuran Liga Malaysia musim 2021.
COVID-19: Tourism Perak ambil iktibar isu program ramah mesra agensi pelancongan
Kerajaan negeri kesal dan akan mengambil iktibar di atas kejadian yang berlaku pada program Wow Cuti baru-baru ini.