KUCHING:Ujian klinikal fasa-3 vaksin COVID-19 di Sarawak, berjalan lancar mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing, ujian itu akan dilaksanakan oleh pasukan pakar Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC).
"Kita akan memastikan ujian ini dilaksanakan mengikut protokol dan setiap sukarelawan yang terlibat akan melalui beberapa prosedur wajib termasuk tahap kesesuaian serta persetujuan mereka.
"Separuh daripada sukarelawan terlibat akan menerima vaksin dan separuh lagi menerima plasebo (bahan atau rawatan dengan tiada kesan terapeutik aktif).
"Harus diingat, JKNS akan mengawasi dan menyelia segala tindakan balas yang dikesan sepanjang ujian serta memberikan rawatan diperlukan sehingga ujian klinikal itu selesai," katanya pada sidang media harian COVID-19 Sarawak pada Rabu.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan memberitahu, kajian klinikal fasa-3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan.
Selain HUS, antara hospital yang terlibat dalam percubaan klinikal di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) ialah Hospital Ampang, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultan Abdul Halim.
Lebih 500 sukarelawan di Sarawak telah berdaftar di negeri itu untuk menjalani ujian klinikal tersebut.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Jan 27 2021

Ujian itu akan dilaksanakan oleh pasukan pakar Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC).
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

COVID-19: Firma AS dakwa ujian klinikal pertama vaksin berjaya
Sukarelawan yang disuntik dengan vaksin tersebut dilaporkan mampu menghasilkan reaksi imun terhadap COVID-19.