KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata ujian tersebut bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal USJ ke Seafield terutamanya pada waktu puncak.
"Ujian rintis awam ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," menurut PLUS dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ujian tersebut akan dilaksanakan di USJ ke Seafield di antara kilometer (km) 8.1 hingga km 6.1 arah utara di lebuhraya ELITE mulai 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada setiap Isnin hingga Ahad kecuali hari kelepasan am.
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, lorong paling kiri yang sedia ada akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan trafik pada waktu puncak pagi.
"Ketika laluan SmartLane ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.
"Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan atau laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusuf berkata pihaknya juga telah melakukan persediaan untuk melaksanakan inisiatif itu dengan pemantauan oleh anggota polis, JPJ dan PLUSRonda, selain papan tanda trafik dan trak tunda tambahan turut disediakan sekiranya berlaku kecemasan.
"Secara purata, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE pada setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 58 peratus menggunakan laluan terbabit secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi," katanya.
Selain itu, beliau berkata laluan tersebut dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut.
Beliau juga berkata pengguna lebuh raya boleh mengenal pasti penggunaan laluan 'SmartLane' itu melalui papan tanda laluan 'SmartLane' serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik.
Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos. - BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Remaja lelaki maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori
Kereta Perodua Myvi dipandu remaja itu melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan gas di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara awal pagi tadi.

Lari daripada polis, tiga parah kereta terbabas
Kenderaan suspek terbabas ketika melalui susur keluar Putra Heights.

'Sempat hubungi arwah kakak sebelum kejadian'
Kali terakhir dia berbalas mesej dengan arwah kakaknya ialah pada jam 10.18 malam untuk mengetahui keadaan kereta dinaiki mereka.

Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri
Keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, dari kampung mereka di Melaka.

Pemandu treler terbabit nahas korban 10 mangsa direman
Lelaki berusia 37 tahun berkenaan direman selama empat hari bermula Sabtu untuk membantu siasatan.

Seorang rentung, tiga cedera, kereta langgar pokok di Cyberjaya
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 3.19 pagi ini.

Pemandu cedera bas terbalik di Lebuhraya Elite
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan selepas melanggar kereta, bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di tengah-tengah laluan lebuh raya.

Kebakaran hutan dekat Lebuhraya Elite hampir padam sepenuhnya - Bomba
Jika keadaan cuaca mengizinkan, usaha pemadaman pihak bomba akan berakhir dalam masa terdekat.

Hasrat lakukan ibadah korban tidak kesampaian, suami isteri maut
Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai.