LONDON: Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kerajaan British mengumumkan satu pakej sokongan tentera dan orang awam untuk mewujudkan satu koridor bantuan maritim ke Gaza, termasuk penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi menyelamatkan nyawa di timur Mediterranean.
"Kapal itu bersama bantuan UK (United Kindom) dan pakar British akan menyokong penubuhan sebuah koridor maritim bantuan kemanusiaan antarabangsa dari Cyprus ke Gaza, disokong oleh ramai rakan kongsi daripada kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dijangka beroperasi pada awal Mei," menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan UK.
Bersama-sama kapal itu, Kementerian Luar telah memperuntukkan sehingga £9.7 juta (AS$12.2 juta) untuk penyampaian bantuan termasuk kepakaran logistik dan sokongan peralatan kepada koridor berkenaan, menurut laporan itu.
UK mengulangi gesaannya untuk jeda serta-merta atas faktor kemanusiaan membawa kepada satu gencatan senjata yang mapan dan berkata ini adalah cara terpantas membawa pulang tawanan dengan selamat dengan lebih banyak bantuan dapat dibawa masuk.
"Keadaan di Gaza meruncing dan kemungkinan kebuluran itu adalah nyata. Kami kekal komited untuk mendapatkan bantuan untuk disampaikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, " kata Setiausaha Luar British, David Cameron.
Menekankan akses kepada laluan darat kekal penting untuk menyampaikan bantuan itu, beliau mengalu-alukan pembukaan laluan Erez dan Pelabuhan Ashdod tetapi menambah terdapat keperluan untuk terus meneroka segala pilihan, termasuk laut dan udara bagi memberikan kelegaan kepada penderitaan golongan paling rentan di dunia itu.
"Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka,” kata Cameron.
Lebih daripada 33,000 warga Palestin maut dan 75,577 cedera di Gaza selain daripada kemusnahan berskala besar kediaman dan infrastruktur serta kekurangan bekalan keperluan selepas diserang Israel sejak Oktober tahun lepas.
Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memerintahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan bagi mengelakkan kebuluran di Gaza. - Bernama-Anadolu
Bernama
Sun Apr 07 2024

David Cameron menegaskan, UK mengulangi gesaannya untuk jeda serta-merta atas faktor kemanusiaan membawa kepada satu gencatan senjata yang mapan. - Gambar fail AFP

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.

UK beri amaran kebuluran di Gaza, umum hantar bantuan kemanusiaan
"Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka."