BIDAAN United Kingdom (UK) dan Republik Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 kini diluluskan secara rasmi, demikian diumumkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
10 stadium daripada lima negara itu akan menganjurkan perlawanan tertinggi peringkat Eropah pada lima tahun depan dan ia dijangka akan meningkatkan ekonomi negara-negara penganjur berkenaan.
Bidaan itu diterima selepas Turki menarik diri bagi memberikan fokus terhadap penganjuran bersama Itali bagi edisi 2032 dan perkara itu disahkan Jawatankuasa Eksekutif UEFA malam tadi.
10 stadium berkenaan disenaraikan UK dan Ireland dalam bidaan mereka pada April lalu, di mana enam daripada venue itu merupakan stadium di England serta masing-masing satu di Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.
Enam venue di England ialah Stadium Wembley, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Etihad, St James' Park, Villa Park dan stadium baru Everton di Bramley-Moore Dock.
Casement Park di Belfast, Stadium Aviva di Dublin, Hampden Park di Glasgow dan Stadium Principality di Cardiff pula melengkapkan senarai itu. - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Oct 11 2023

Bidaan UK dan Republik Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 diluluskan secara rasmi. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UK, Ireland sah penganjur bersama Euro 2028
10 stadium daripada lima negara itu akan menganjurkan perlawanan tertinggi peringkat Eropah.

Tawaran UK, Ireland anjur Euro 2028 tunggu kelulusan rasmi
Tawaran bersama UK dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 dijangka diluluskan secara rasmi lewat Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

UK, Ireland hantar bidaan anjur Euro 2028
Secara keseluruhan, sebanyak 10 stadium disenaraikan dalam bidaan itu, termasuk Stadium Wembley.

UK, Itali dan Turki bida penganjuran Euro 2028, Euro 2032
Buat julung kalinya, Turki turut berminat untuk menganjurkan Euro 2028.

Rusia antara empat negara minat anjur Euro 2028, 2032
United Kingdom dan Republik Ireland melancarkan bidaan bersama lebih awal untuk Euro 2028 iaitu semalam.