KUALA NERUS: Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Pengerusi Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Datuk Rosli Mat Hassan berkata pengambilan pertama melibatkan seramai 500 pelajar dari seluruh negara yang akan menjalani kursus berkaitan perdagangan, pengurusan koperasi dan keusahawanan daripada peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah (PhD).
"Sedikit sahaja lagi (proses) sebelum kita dapat kelulusan daripada MQA. Insya-Allah pengambilan pertama dalam bulan November atau Disember.
"Pengambilan pertama melibatkan 500 pelajar, tetapi kita sasar untuk tambah dan dapatkan seramai 2,000 pelajar dalam tempoh tiga tahun," katanya selepas merasmikan cawangan baharu IKMa Kuala Terengganu di sini pada Khamis.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Nerus sebagai inisiatif program khidmat IKMa terhadap golongan usahawan di daerah itu.
Rosli berkata untuk permulaan, operasi universiti berkenaan akan berpusat di Petaling Jaya, Selangor sebelum dipindahkan ke kawasan Cyberjaya tidak lama lagi.
"Kita harap penubuhan universiti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan, pemimpin dan pelapis baharu yang lebih kompeten dan berwibawa dalam dunia koperasi," katanya.
Dalam pada itu, Rosli berkata kewujudan cawangan baharu IKMa di Kuala Terengganu itu akan memberi manfaat kepada hampir 250,000 ahli daripada lebih 800 koperasi di seluruh negeri.
Kata beliau, IKMa akan terus memberi bimbingan kepada koperasi untuk memantapkan lagi struktur organisasi secara tersusun dan berdaya saing.
"Terdapat lapan cawangan IKMa di seluruh negara dan kita akan buka empat lagi tahun ini iaitu di Kuala Terengganu (yang dirasmikan) hari ini, Ipoh, Miri dan Tawau sedikit masa lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa Datuk Rosli Mat Hassan (tengah) pada gimik perasmian Pejabat Baharu Institut Koperasi Malaysia Zon Timur Cawangan Kuala Terengganu di Wisma Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB). - Foto BERNAMA
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Ewon Benedick dimasyhur Canselor pertama UKKM
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).
UKKM tawar potongan 50 peratus yuran kepada kumpulan pelajar pertama
Kewujudan UKKM menjadi pelengkap peranan sedia ada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebagai sebuah institusi pendidikan koperasi.
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia akan beroperasi bulan depan
Kelulusan itu sekali gus akan membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasakan agenda keusahawanan khususnya di peringkat IPT.
UKKM mula operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).