BANGI: Lebih 1,200 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) digerakkan ke lokasi banjir di sekitar Selangor bagi membantu mangsa yang terkesan dengan bencana itu.
Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Mohd Ekhwan Toriman berkata, inisiatif mengumpulkan sukarelawan bagi misi banjir itu berlaku secara pantas sejurus bencana berlaku, hasil usaha pihak Hal Ehwal Pelajar dan pendaftar universiti melalui media sosial.
Menurutnya, sukarelawan berkenaan berperanan membantu membersihkan kawasan rumah mangsa terutama sekali penuntut dan kakitangan universiti yang terjejas akibat banjir.
"Berdasarkan maklumat awal, kita telah mengenal pasti 67 keluarga kakitangan serta seramai 1,177 pelajar yang terkesan akibat bencana ini.
“Petang semalam, enam buah bas membawa 120 sukarelawan digerakkan ke beberapa lokasi banjir di kawasan Bangi Lama dan Hulu Langat.
“Insya-Allah, kita akan terus mengembleng tenaga sukarelawan di lokasi berbeza untuk menyantuni seramai mungkin mangsa banjir dalam kalangan pelajar, kakitangan serta masyarakat setempat," katanya dalam kenyatan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Ekhwan berkata, antara inisiatif awal yang diambil oleh pihak universiti termasuklah menyediakan penempatan sementara bagi keluarga kakitangan yang terlibat.
“Pihak UKM sedia membuka pintu unit kediaman kami di kawasan Bangi dan Kuala Lumpur serta kolej kediaman yang kosong bagi menempatkan mangsa banjir yang terdiri daripada kakitangan universiti yang memerlukan.
“Selain itu, pihak universiti juga memberi perlepasan kepada pelajar bagi menangguhkan kelas dan kerja makmal selama seminggu untuk mereka membantu keluarga membersihkan kawasan yang terjejas.
“Zakat UKM turut menyalurkan sumbangan berupakan barangan keperluan harian dan kewangan kepada kakitangan yang terkesan dengan bencana ini. Selain itu, kita juga menerima sumbangan peribadi daripada alumni universiti yang bermurah hati untuk meringankan beban mangsa. Pihak universiti juga tidak melupakan pelajar yang berada di lokasi banjir luar negeri, di mana universiti awam yang berhampiran telah membantu UKM untuk mengenalpasti pelajar kita yang terjejas," katanya.
Tambahnya, sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir diberi taklimat terlebih dahulu dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang masa bagi mengekang penularan COVID-19.
Umavathi Ramayah
Tue Dec 21 2021

Antara inisiatif awal yang diambil oleh pihak universiti termasuklah menyediakan penempatan sementara bagi keluarga kakitangan yang terlibat. - UKM
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950
Satu Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditubuhkan bagi melaksanakan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan yang kali terakhir dipinda pada 1976.

Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.

Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.

Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.

Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.

UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa
Mohd Ekhwan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi UKM dalam memupuk perspektif global.