KYIV: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 75 lagi cedera di Ukraine akibat serangan besar-besaran Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik angka Kementerian Dalam Negeri Ukraine pada pagi Jumaat.
Di pusat bandar Dnipro, lima orang awam terbunuh dan lebih 20 lagi cedera, menurut pentadbiran tentera tempatan.
Di media sosial, Presiden Volodymyr Zelensky berkata Rusia melepaskan kira-kira 110 peluru berpandu ke seluruh Ukraine semalaman - lebih banyak daripada sebelum ini dalam sehari.
Ibu negara Kyiv turut menjadi sasaran.
Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam serangan tersebut manakala 17 lagi cedera. Empat mangsa dikeluarkan daripada runtuhan bangunan yang hancur.
Kerosakan juga dilaporkan di bandar lain, termasuk Kharkiv dan Lviv.
Antara senjata yang digunakan ialah peluru berpandu hipersonik Kinzhal, peluru berpandu balistik jenis S-300, pelbagai peluru berpandu cruise dan dron jarak jauh buatan Iran, menurut Zelensky.
Pada awal Jumaat, pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan lebih tiga puluh cedera di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam serangan tersebut manakala 17 lagi cedera. - Gambar Sinar Harian
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
66 mayat warga Palestin dikeluarkan dari runtuhan di Gaza susulan gencatan senjata
Pasukan pertahanan awam dan sukarelawan terus mencari mangsa lain di bawah runtuhan, meskipun kekurangan peralatan untuk melaksanakan operasi berkenaan.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
100 bangunan di Ishikawa musnah akibat gempa bumi
Sebahagian besar kebakaran berjaya dikawal tetapi api dan asap menebal masih kelihatan naik dari beberapa kawasan pada pagi Selasa.
Gempa bumi di Jepun: Angka korban meningkat kepada 6
Terdapat enam kes orang awam yang tertimbus selepas rumah mereka runtuh di Wajima, wilayah Ishikawa.
Ukraine lapor 12 maut, 75 cedera dalam serangan Rusia
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 75 lagi cedera di Ukraine akibat serangan besar-besaran Rusia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 November 2023.
Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.
Gempa bumi Maghribi: Usaha mencari dan menyelamat diteruskan
Angka rasmi kerjaan meletakkan sebagai sekurang-kurangnya 2,122 penduduk terkorban manakala lebih 2,421 cedera.
Gempa Syria: Dua hari berturut-turut tarik keluar lima jasad ahli keluarga
Hassan Al Ali memberitahu, dua hari berturut-turut dia hanya mampu melihat jasad tanpa nyawa ahli keluarganya ditarik keluar.
Gempa bumi Turkiye: Pasukan penyelamat mengejar masa untuk selamatkan nyawa
Lebih 33,000 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat itu di Turkiye dan Syria setakat ini.