Ukraine yang baru dilantik sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan bekerjasama rapat dengan Malaysia berkenaan kes tragedi pesawat MH17, kata Duta Ukraine ke Malaysia Ihor Humennyi.
Kata beliau, keahlian itu yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan akan membuka platform yang baik untuk kedua-dua negara memburu pihak bertanggungjawab dan membawa keadilan kepada anggota keluarga mangsa.
“Malaysia juga anggota bukan tetap sehingga akhir 2016. Maka, sepanjang penggal itu kita akan manfaatkan peluang terbaik untuk bekerjasama bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab atas tragedi itu dibawa ke pengadilan,” ujar Humennyi.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam sebuah temu bual berkaitan laporan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengenai MH17 yang dikeluarkan pada Selasa setelah siasatan dijalankan pasukan DSB yang disertai Belanda, United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia, Rusia, Ukraine dan Australia.
Pasukan itu merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh oleh perluru berpandu darat-ke-udara BUK ketika ia meluncur pada ketinggian 33,000 kaki di ruang udara kawasan dikuasai pemberontak di timur Ukraine, hingga membunuh kesemua 298 penumpang pada 17 Julai tahun lalu.
Ukraine telah dilantik menyertai UNSC berikutan undian yang tidak dicabar di ibu pejabat PBB bagi penggal 016-2017 bersama Jepun, Mesir, Senegal dan Uruguay.
Media antarabangsa turut melaporkan Menteri Luar Ukraine Pavlo Klimkin berkata, negaranya sebagai ahli bukan tetap antara lain mahu membawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
Laporan itu menambah, Klimkin berkata, UNSC boleh menyediakan platform perundangan yang tidak berat sebelah dan telus untuk tujuan tersebut.
Agensi
Fri Oct 16 2015
![Ukraine mahu bekerjasama dengan Malaysia dalam kes MH17 Ukraine mahu bekerjasama dengan Malaysia dalam kes MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445002930_PavloKlimkin.jpg)
Menteri Luar Ukraine Pavlo Klimkin berkata, negaranya mahu membawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan. - Gambar fail
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ukraine mahu bekerjasama dengan Malaysia dalam kes MH17 Ukraine mahu bekerjasama dengan Malaysia dalam kes MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445002930_PavloKlimkin.jpg)
Ukraine mahu bekerjasama dengan Malaysia dalam kes MH17
Keahlian dalam UNSC adalah peluang terbaik untuk kedua-dua negara memburu pihak bertanggungjawab dan membawa keadilan kepada keluarga mangsa.