Seekor ular tedung selar sepanjang 3.6 meter dengan berat 15 kilogram, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik dalam sebuah rumah di Taman Tasik berdekatan dengan Telaga Batu, Sik.
Kehadiran 'tetamu yang tidak diundang' itu disedari pemilik rumah, Umi Azrin Md Yunoh, pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika sedang mengemas rumah.
Pengawai APM Sik, Kapten Mohd Mukhrij Md Sabir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari talian MERS 999 pada jam 10.50 pagi dan bergegas ke lokasi sejurus kemudian.
Reptilia itu ditemui 'berdiri' di tepi almari dan bersedia untuk menyerang.
Bagaimanapun ketika tangkapan ular sedang dilakukan, reptilia agresif itu bertindak 'lari' dan menyorok di bawah almari.
Kawasan penyembunyian diusik bagi membolehkan ular tersebut keluar dan tangkapan dilakukan dengan teknik menjerut.
Menurut APM, proses tangkapan ular tersebut mengambil masa 10 minit.
Haiwan berkenaan kemudian dibawa balik ke pejabat APM Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
APM menasihatkan orang awam supaya menjaga persekitaran rumah bagi mengelakkan kehadiran reptilia berkenaan.
Salim Aziz
Wed Jan 31 2018
Ular tedung selar sepanjang 12 meter dengan berat 15 kilogram berkenaan dibawa balik ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). - Astro AWANI
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Pemerdagangan manusia: PM jamin ambil tindakan terbaik, lebih agresif selamatkan rakyat Malaysia
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara ASEAN.
Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.
Polis kesan lelaki ketuk cermin, ugut pemandu kereta
Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai bertindak agresif dengan mengetuk cermin dan mengugut seorang pemandu.
Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat.
Debat terakhir bersama Biden amat menakjubkan - Trump
Calon Republikan itu berentap di pentas debat ini pada Khamis malam sebelum hari pengundian pada 3 November depan.
Polis trafik, penunggang motosikal jadi hero selamatkan monyet cedera di lebuh raya
Tindakan agresif monyet itu menyebabkan salah seorang anggota polis trafik serba salah untuk mengambilnya kerana bimbang digigit.
Lelaki 'wanted' mengamuk ketika hendak ditahan polis
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan berang apabila polis ingin menangkapnya, lalu bertindak agresif.
Bakar kenderaan terlibat kemalangan, dua abang mangsa antara ditahan polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 19 dan 29 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Tasek Gelugor.
APM dua kali tangkap ular di rumah yang sama dalam tempoh dua hari
Dalam kejadian Selasa lalu, ular tedung selar ditangkap di dalam rumah berkenaan dan kira-kira jam 7.30 malam tadi, ular yang dipercayai "pasangannya" pula ditangkap di dalam reban ayam.
Suspek autistik boleh digari jika agresif - Polis
Pegawai polis yang berhadapan dengan suspek dari golongan autisme dibenarkan mengguna gari sekiranya suspek dilihat terlalu agresif sehingga boleh mendatangkan ancaman kepada polis dan orang awam.