IPOH: Video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, adalah kejadian dua hari lepas dan ular itu telah berjaya ditangkap.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kanak-kanak tersebut juga dilaporkan selamat.
"Kejadian berlaku di rumah pengasuh kanak-kanak itu di Taman Serai Perdana, Bagan Serai (Perak). Bomba menerima panggilan daripada pengasuh itu pada 11.28 pagi, 24 Julai lalu.
"Setibanya di tempat kejadian didapati seekor anak ular senduk berada di bawah kanak-kanak di ruang tamu. Tindakan segera anggota bomba memastikan keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sabarodzi berkata anggota telah menggunakan penyepit ular untuk menangkap ular senduk tersebut dan berjaya ditangkap serta dibawa ke lokasi yang sesuai dan dilepaskan," katanya.
Terdahulu tular di laman sosial video berdurasi 19 saat memaparkan seekor ular senduk menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berbaring di ruang tamu.
Video tersebut telah ditonton 4.3 juta pengguna dan menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan netizen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Tangkap layar video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. - Foto ihsan pembaca

Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Tiga maut dalam kemalangan babitkan MPV, lori di Bintulu
Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga tan di Jalan Pesisir Pantai-Samalaju, Bintulu.

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang.
AWANI Ringkas: Pembedahan Kosmetik Tanpa Lesen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reputasi sebagai ahli ekonomi beri kelebihan PM baru kanada
Pemimpin baharu Parti Liberal Kanada Mark Carney, dipuji kerana reputasi antarabangsanya sebagai ahli ekonomi

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.
Putera Mahkota Arab Saudi, setiausaha AS bincang perkembangan serantau
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa dalam satu pertemuan di Jeddah pada Isnin.

Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.

Skuad King Cobra wira rakyat tangkap ular
Sebut sahaja ular, pasti ramai yang bukan sahaja berasa takut tetapi juga geli dengan reptilia yang satu ini.

Ular tedung susur bawah badan kanak-kanak telah ditangkap, kanak-kanak selamat
Video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, adalah kejadian dua hari lepas dan ular itu telah berjaya ditangkap.

Cemas lihat ular tedung kejar biawak dalam rumah
Seorang wanita berdepan detik cemas selepas melihat seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter sedang mengejar biawak di perabung rumahnya di Kampung Kandis di Pasir Puteh.

Penduduk cemas jumpa ular tedung selar di muka pintu
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, reptilia berukuran 2.44 meter itu berjaya ditangkap oleh anggota bomba.

Budak 8 tahun gigit ular tedung hingga mati
Ular itu sempat menggigit tubuh Deepak sebelum budak tersebut menggigitnya.

Banjir kilat: Wanita alami detik cemas berenang 'ditemani' ular tedung
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila 'ditemani' ular tedung sewaktu berenang menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat di Kampung Senduk Seberang di sini petang semalam.

Jurujual lebam gara-gara ular tedung selar
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum terdengar bunyi desiran pelik yang kuat.

Mangsa banjir Rantau Panjang tagih bantuan tangkap ular, bina semula kehidupan
Dalam kesibukan mengemaskan rumah, mereka tidak terlepas dari ancaman binatang berbisa yang mendiami rumah mangsa banjir.

'Ingat tali, rupanya ular tedung'
Dia mula menyedari objek berkenaan ialah seekor reptilia berbahaya selepas ular itu bergerak di bawah almarinya.