SEPANG: Menyasarkan pelancong warga asing serta memanipulasikan harga tambang antara taktik dikesan digunakan pemandu kereta sewa haram atau 'ulat' bagi mendapatkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Tiga daripada lima individu ditahan dikesan menggunakan teksi dengan memberi alasan mahu mendapatkan hasil lebih.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Kamarunzaman Mehat berkata, operasi dijalankan berdasarkan hasil risikan dan aduan daripada orang awam.
Menurut beliau, lima tangkapan dijalankan melibatkan individu berumur antara 31 hingga 56 tahun dikesan menggunakan teksi dan kenderaan persendirian menerusi operasi dijalankan bermula jam 5 hingga 10 pagi itu.
"Antara kesalahan dikesan adalah memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada penumpang bukan warganegara Malaysia dari Terminal 1 dan 2 KLIA dengan kadar tambang yang tidak munasabah.
"Bayaran dikenakan sekitar RM100 bagi perjalanan melibatkan KLIA ke Klang Lama, KLIA ke Puchong (RM80), KLIA2 ke KLIA1 (RM40) dan KLIA ke Amcorp Mall, PJ (RM150) yang mana bayaran akan dikenakan apabila tiba di lokasi yang dituju," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
"Orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA/KLIA 2 atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.
"Penguatkuasaan sentiasa dijalankan berterusan dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 20 2023

Antara kesalahan dikesan adalah memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada penumpang bukan warganegara Malaysia dari Terminal 1 dan 2 KLIA dengan kadar tambang yang tidak munasabah. - Gambar/ Sinar Harian

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

'Ulat' kenakan tambang mahal sasar pelancong asing
Menyasarkan pelancong warga asing serta memanipulasikan harga tambang antara taktik dikesan digunakan pemandu kereta sewa haram atau 'ulat' bagi mendapatkan penumpang di KLIA.

JPJ tahan 67 ulat teksi di KLIA, KLIA2
Operasi itu melibatkan kenderaan jenis teksi, persendirian, bas persiaran, Uber serta Grab Car yang menawarkan perkhidmatan membawa penumpang tanpa kuasa sah.