JOHOR BAHRU: Jaguh Asia Tenggara Umar Osman kembali meneruskan latihan di Sekolah Sukan Singapura sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia Hangzhou di China, bulan depan.
Pelari berusia 20 tahun dari Johor itu kini menjalani latihan berintensiti tinggi di bawah jurulatih Simon Lau Chin Meng sejak 13 Ogos lepas, dalam usahanya untuk mencapai sasaran masa di bawah 46.00 saat (s) sekali gus layak ke final acara 400 meter (m) lelaki.
"Bagi Sukan Asia di Hangzhou, saya perlu berlari bawah 46.00s kerana rata-rata pesaing saya nanti telah mencatat masa larian 45.00s. Jadi, kena pastikan dapat capai sasaran untuk bersaing dan layak ke final serta dapat ranking terbaik di Asia.
"Tugas ini bukan mudah, tetapi saya akan cuba buat yang terbaik dan sentiasa fokus supaya tidak hilang momentum," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Pemegang rekod kebangsaan acara 400m yang dilakukannya di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China dengan 46.09s bagaimanapun berkata, beliau perlu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan supaya dirinya cerdas pada hari pertandingan nanti.
Selain itu, beliau mengakui perlu lebih berhati-hati pada hari pertandingan bagi mengelakkan sebarang kesilapan supaya tidak terkeluar daripada saingan.
"Kecederaan adalah musuh utama atlet. Jadi untuk mengelakkan kecederaan ini, fokus utama saya sebelum dapat pecahkan rekod adalah menjaga kesihatan dan berada dalam keadaan terbaik untuk bersaing.
"Saya juga kena sentiasa berhati-hati walaupun setakat ini saya tidak pernah lagi mengalaminya (terkeluar daripada saingan)," katanya.
Umar memenangi pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA Kemboja pada Mei lepas, selain turut memperbaharui rekod kebangsaan 400m dengan 46.34s sekali gus memadam rekod milik Mohd Zaiful Zainal Abidin (46.41s) yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Asia Junior di Brunei pada 2001.
Beliau sekali lagi mencipta sensasi tersendiri dengan memecahkan rekod kebangsaan miliknya pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China baru-baru ini, dengan catatan masa 46.33s pada peringkat saringan dan 46.09 s ketika saingan separuh akhir ketiga sekali gus layak ke final.
Bagaimanapun, hasratnya untuk menaiki podium tidak kesampaian selepas menamatkan saingan akhir di tempat ketujuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Aksi Umar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara 400m lelaki Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja pada Mei lalu. - Gambar fail BERNAMA
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Sir Mo Farah terharu tamatkan maraton terakhir
Perlumbaan itu melabuhkan tirai karier gemilangnya yang sudah menggondol empat pingat emas Olimpik dan enam gelaran Kejohanan Dunia.
Umar jalani latihan berintensiti tinggi di Singapura
Pelari berusia 20 tahun itu sedang dalam usaha untuk mencapai sasaran masa di bawah 46.00s, sekali gus layak ke final acara 400m lelaki.
Universiade: Umar tamatkan saingan di tempat ketujuh
Pelari berusia 20 tahun itu mencatat masa 46.41s pada saingan yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Shuangliu.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Wai Ching intai pahat nama dalam GWR di Bangsar, Jumaat ini
Atlet itu bagaimanapun berdepan cabaran getir kerana perlu mendaki purata 131 anak tangga seminit untuk mencapai sasaran ditetapkan.
Olahraga Terbuka Kazakhstan: Haiqal Hanafi dikesan positif ketika di lapangan terbang
Khairul Hafiz Jantan juga terpaksa menarik diri apabila diletakkan sebagai kontak rapat.
Pelari menara nombor 1 Asia, Soh Wai Ching sasar rekod dunia
Rekod semasa bagi pendakian tangga dipegang oleh pelari Sepanyol David Robles Tapia, yang berlari sambil mendaki tangga setinggi 1.227 km di Zaragoza, Sepanyol, pada 20 Jan 2019.
Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.
2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisional di jambatan
Larian akan dijadikan acara tahunan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, selain mencapai objektifnya memupuk semangat muhibbah serta toleransi penduduk.
Malaysia mampu perbaiki pencapaian di Incheon
Selepas mengumpul 13 pingat emas pada hari keenam, Malaysia akan meneruskan misi memburu emas menerusi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dan pelari 1,500m, Muhamad Ashraf Hisham.