KUALA LUMPUR: Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7 berlangsung selama sejam bermula jam 12 tengah hari tadi.
Pengasas Quran Hour Datuk Hussamuddin Yaacub yang juga Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkata, tahun ini program tersebut mengangkat surah As-Sajdah untuk dialunkan sesuai dengan tema pada kali ini 'Dunia Bersujud'.
"Surah ini kita jadikan tema tahun ini kerana ia relevan dengan situasi kita selepas COVID-19, dua tahun kita diuji dan kita perlu bersujud kepada Allah sebagai ikhtiar kita bangkit kembali," katanya dalam temu bual dengan Bernama Radio di sini hari ini.
Hussamuddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf berkata lebih istimewa tahun ini, Permasuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan membaca Al-Quran bersama peserta di lokasi utama stesen TV Al-Hijrah.
Selain stesen TV Al-Hijrah, program itu turut diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara, antaranya di Malakat Mall, Cyberjaya; Selangor (Perbadanan Perpustakaan Awam dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri); Kuala Lumpur (Telekom Malaysia Berhad Prolintas Group of Companies dan Masjid Mu'adz Jabal) dan Kelantan (Mydin Tunjong di Kota Bharu).
Program tu juga disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah dan media sosial stesen TV dan radio tempatan termasuk Sinar Harian, Bernama dan Astro Oasis dengan menjemput enam Qari dan dua pentadabur bagi mengalunkan ayat-ayat Quran.
Menurut Hussamuddin, mereka yang berada di rumah boleh menyertai program itu dengan membaca surah As-Sajdah yang ditetapkan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa lokasi program mendapati peserta memanfaatkan masa satu jam meninggalkan rutin harian masing-masing seketika bagi membaca dan menghayati surah As- Sajdah.
Di Masjid Mu'adz Bin Jabal Taman Setiawangsa di sini, program berkenaan turut diisi dengan majlis Khatam al-Quran Perdana yang disertai 100 hingga 150 jemaah.
Ahli Jawatankuasa Bahagian Dakwah dan Pendidikan Masjid Mu'adz Bin Jabal Prof Datuk Azlie Halim berkata, ia juga bagi meraikan peserta tadarus pelbagai peringkat umur yang khatam al-Quran sempena bulan Ramadan.
"Jadi, program bermula dengan tadabur al-Quran surah Sajdah bermula 11.30 pagi, diikuti bacaan surah Sajdah 12 tengah hari serentak di seluruh dunia sebelum kita teruskan dengan program khatam al-Quran Perdana dan penyampaian sagu hati kepada jemaah," katanya.
Di SELANGOR, program alunan bacaan kitab suci selama satu jam di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini disertai lebih 200 kakitangan gedung ilmu berkenaan manakala di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, lebih 300 kakitangan jabatan itu menyertainya.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Mastura Muhamad berkata pihaknya menyokong penganjuran program itu sejak 2016 lagi dan program kali ini turut dilaksanakan serentak di seluruh perpustakaan awam Selangor.
"Apabila kami diberitahu bahawa surah As-Sajdah akan diangkat dalam penganjuran program kali ini, yang bercakap mengenai pemimpin, saya telah mengarahkan semua kakitangan saya untuk stop doing anything (berhenti melakukan kerja seketika) dalam masa sejam bagi bersama-sama dalam acara ini.
Di KELANTAN fasa peralihan ke endemik memberi peluang kepada program World #QuranHour diadakan secara bersemuka melibatkan 500 peserta di Pasar Raya Besar Mydin Tunjong, di sini hari ini berbanding dalam talian sebelum ini.
Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Kelantan Datuk Adnan Hashim berkata selepas dua tahun COVID-19, program tersebut sesuai untuk membawa masyarakat kembali kepada al-Quran menerusi gelombang 'Baca, Faham dan Amal' " katanya.
Menurutnya, program yang dijalankan di pasar raya itu boleh membuka minda bahawa al-Quran bukanhanya dibaca di masjid dan surau tetapi juga di mana-mana sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Peserta membaca Al-Quran ketika menyertai Program World #QuranHour anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kampus Kuantan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah IIUM hari ini. - Gambar/ Bernama
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
Perdana Menteri ajak rakyat sertai World Quran Hour
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berharap acara ini mampu menaikkan imej Islam dan memupuk pembudayaan al-Quran dalam kehidupan sama ada dari segi pembacaan, penghayatan dan amalan.
World #QuranHour angkat tema Misi Al Mulk, solusi kepada pandemik
Kempen World #QuranHour yang mahu mewujudkan satu gelombang Kempen Berbudi dan Penyayang akan berlangsung pada 6 Mei ini 2021 bersamaan 24 Ramadan 1442H.
World #QuranHour berlangsung hari ini
Program World #Quran Hour edisi ketiga berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa.
World #QuranHour: Kempen gelombang kebangkitan ummah pada 7 Jun ini
Kempen World #QuranHour yang mahu mewujudkan satu gelombang kebangkitan ummah akan berlangsung pada 7 Jun ini bersamaan 22 Ramadan 1439H di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA Gombak.
'Jika ini hari terakhir bernafas, pasti kita akan lakukan terbaik buat agama' - Norman Hakim
"Jika ini adalah hari terakhir kita bernafas di atas muka bumI, pastinya kita akan melakukan terbaik buat agama kita untuk mendapatkan syafaatnya di akhirat kelak," ini yang diluahkan Norman Hakim.
#QuranHour: Jurukamera AWANI jadi idola Rosyam Nor semasa 'panjat' Menara KL
Usaha melonjakkan kempen #QuranHour bukan satu usaha mudah terutamanya membabitkan aktiviti fizikal seperti Climb for #QuranHour
Semangat Sukan SEA dalam misi Climb for #QuranHour
Menaiki Menara Kuala Lumpur hampir 2,200 anak tangga bukanlah mustahil terutamanya dalam misi membina momentum ke arah kemuncak kempen World #QuranHour
Lebih 10 juta umat Islam seluruh dunia sertai World #QuranHour
Program itu cetusan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah.
Rosyam Nor lengkapkan misi berjalan kaki demi 'Walk for World Quran Hour'
Misi pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer bagi mempromosikan 'World Quran Hour' tercapai.