GEORGE TOWN: Selepas dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19, umat Islam Pulau Pinang hari ini mengambil kesempatan cuti umum Hari Pekerja untuk menziarahi pusara ahli keluarga dan sanak saudara yang telah meninggal dunia.
Sudah menjadi rutin untuk orang Islam menziarahi kubur insan tersayang menjelang atau ketika Aidilfitri.
Berlinang air mata Ramlah Wahab, 46, ketika ditanya mengenai perasaan dibenar untuk melawat kubur suami dan adik iparnya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini.
Ramlah, seorang penyelia di sebuah kilang di Bayan Lepas berkata, setiap tahun, beliau dan anak-anak akan menziarahi pusara suami dan adik ipar untuk mengubat rindu yang tiada penghujung.
"Saya berasa sangat bersyukur dan gembira dapat menaburkan bunga dan menuangkan air mawar di atas pusara suami dan adik ipar menjelang hari lebaran kali ini, dua tahun tidak dapat melakukannya akibat Perintah Kawalan Pergerakan berikutan COVID-19," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Ramlah yang ditemani anaknya Abdul Haikal Abdul Malek, 18, dan Abdul Hazly Aliff, 17, berkata, beliau terpaksa mengupah pembersih pusara untuk memotong rumput yang telah tumbuh di sekeliling kubur.
Seorang penghantar makanan, Mohd Rosli Abd Wahab, 45, berkata, selepas terbiar dua tahun, beliau hari ini terpaksa membawa cangkul dan pemotong untuk memotong rumput yang telah tumbuh melebihi ketinggian paras lutut di sekeliling pusara arwah datuk dan bapa saudaranya.
"Hari ini saya datang seawal 9 pagi dengan cangkul dan pemotong rumput untuk memotong sendiri rumput yang tumbuh...saya seronok dapat ziarah dan bersihkan kubur sebelum sambutan Aidilfitri," katanya yang ditemani ibunya, Salmah Ishak, 65.
Rosli berkata, sebelum COVID-19, memang menjadi amalan keluarganya untuk menziarah dan membersihkan kubur setiap tahun menjelang sambutan Aidilfitri, namun amalan itu terpaksa dihentikan pada 2020 dan 2021.
Tinjauan Bernama di tanah perkuburan Islam mendapati ramai yang mengambil peluang cuti umum ini untuk menziarahi kubur, membaca surah Yasin, mengirimkan bacaan al-Fatihah dan tidak kurang juga yang menitipkan doa buat insan tersayang yang sudah tiada lagi di dunia.
Seorang penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Mohammad Rozi Md Hassan, 45, berkata orang ramai telah mula menziarahi pusara-pusara ahli keluarga mereka sejak Jumaat lepas.
"Sejak minggu lepas, setiap hari akan ada lebih 30 keluarga yang kebanyakannya menetap di Pulau Pinang datang menziarah ahli keluarga mereka yang dikebumi di sini. Kalau mengikut kebiasaan, mereka yang dari luar negeri akan datang pada hari raya pertama dan kedua," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022
Umat Islam menziarahi kubur saudara mara mereka sempena cuti umum Hari Pekerja di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, George Town hari ini. - Gambar BERNAMA
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.
Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.
Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.