SEPANG: Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata bakal jemaah haji perlu memenuhi lima syarat kemampuan yang digariskan hukum syarak iaitu kesihatan yang baik; ada kenderaan pergi dan balik ke Tanah Suci; aman dalam perjalanan; kewangan mencukupi dan kebenaran pihak Arab Saudi.
Bercakap pada sidang media pada Majlis Penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40 di sini hari ini, Mohd Na'im berkata Islam agama yang mudah dan Allah tidak mewajibkan sesuatu ibadat di luar kemampuan manusia.
"Ada ramai dalam kalangan bakal haji yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapat peluang pergi haji sedangkan syarat wajib itu gugur sekiranya mereka tidak memenuhi lima syarat kemampuan yang digariskan hukum syarak.
"Jika umat Islam di Malaysia diberikan kefahaman yang tepat terhadap konsep dan pengertian istito'ah, maka saya percaya tidak akan timbul kerisauan dan kegusaran yang melampau apabila tidak dapat menunaikan ibadat haji dalam jangka masa yang terdekat atas alasan yang dibenarkan hukum syarak," katanya.
Mohd Na'im berkata Lembaga Tabung Haji berperanan untuk menjelaskan tentang hukum menunaikan ibadat haji khususnya berkaitan syarat kemampuan kepada bakal jemaah.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan aplikasi e-Bimbingan Haji bagi memudahkan urusan pembelajaran bakal jemaah termasuk petugas haji serta Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (Pekta).
Aplikasi itu boleh dimuat turut ke telefon bimbit mulai Jumaat ini, katanya.
Muzakarah Haji ke-40 bertemakan 'Ibadah Yang Sahih Asas Kemabruran Haji' berlangsung selama tiga hari bermula Isnin, membincangkan hal ehwal berkaitan bimbingan serta hukum-hakam ibadat haji yang timbul semasa musim haji 1444H lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
![Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698222211_tbTabungPalestin.jpg)
Mohd Na'im berkata Lembaga Tabung Haji berperanan untuk menjelaskan tentang hukum menunaikan ibadat haji khususnya berkaitan syarat kemampuan kepada bakal jemaah. - Gambar Bernama
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
![Tabung Haji lantik 37 syarikat sebagai pengelola jemaah haji - Mohd Na'im Tabung Haji lantik 37 syarikat sebagai pengelola jemaah haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Tabung Haji lantik 37 syarikat sebagai pengelola jemaah haji - Mohd Na'im
Tabung Haji terbuka dalam pemberian Lesen PJH kepada mana-mana syarikat pelancongan yang memohon serta memenuhi kelayakan dan seterusnya melepasi penilaian TH.
![Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730270313_LimHuiYing.jpg)
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
![Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715669368_PerformHajj.jpg)
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
!['Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji 'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720240200_AmyMasturatunaih.jpg)
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
![Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716611742_TBTabungHaji.jpg)
Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji
Presiden Tunisia memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan haji.
![Ibadah haji tuntut umat Islam kembali kepada fitrah - Mohd Na'im Ibadah haji tuntut umat Islam kembali kepada fitrah - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718452003_MohdNaimMokhtar.jpg)
Ibadah haji tuntut umat Islam kembali kepada fitrah - Mohd Na'im
Ibadah haji menuntut umat Islam supaya kembali kepada fitrah iaitu beriman kepada Allah SWT dan menolak segala bentuk perbuatan mensyirikkan atau menduakan-Nya.
![Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717824017_SheikhAbdulazizAl.jpg)
Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit
Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi menyeru semua jemaah haji tahun 1445H untuk mematuhi arahan keselamatan dan rasmi dengan ketat.
![Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705482136_TBSPH.jpg)
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
![Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698222211_tbTabungPalestin.jpg)
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
![Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71688139130_AlifSatarFaizalT.jpg)
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.