PORT DICKSON: Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dan kelakuan serta mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama ketika menziarahi tanah perkuburan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata masyarakat sememangnya digalakkan dan diharuskan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian, namun, ada peraturan yang ditetapkan Islam yang perlu dipatuhi bagi mengelak tercetusnya kerisauan orang awam dan fitnah.
"Nak ziarah kubur sama juga macam kita menziarahi orang sakit, ada peraturan yang telah ditentukan dalam Islam.
"Contohnya masa menziarahi kubur digalakkan mendoakan dan ucap salam kepada si mati, ini sebahagian daripada ajaran Islam yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan kali kelapan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sebuah video tular di laman sosial baru-baru ini yang memaparkan sekumpulan lelaki berzikir dengan kuat dan lantang, sambil mengelilingi sebuah makam di sebuah negeri Pantai Timur.
Katanya, mufti kerajaan negeri terbabit selaku pihak yang bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan agama perlu menentukan dari segi hukum berkaitan amalan dilakukan di tanah perkuburan itu.
Selain itu, Mohd Na'im turut menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa dan guru untuk memainkan peranan bagi membendung perkara tidak bermoral terutama menerusi media sosial yang memberi pengaruh buruk terutama kepada golongan muda.
"Kita sendiri menempatkan beberapa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menapis dan menyekat sebarang video yang mungkin menyeleweng daripada landasan agama, selain memberikan nasihat berkaitan agama," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya dalam pertimbangan menjadikan elaun guru KAFA sebagai gaji tetap, sekali gus membantu dan menjaga kebajikan mereka namun ia bergantung kepada kewangan negara.
Mengenai Ihtifal KAFA anjuran JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan itu, beliau berkata program disertai 448 pelajar tersebut bertujuan mencungkil bakat sebagai dai dan pembimbing rakan sebaya dalam kalangan murid sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023

Mohd Na'im berkata masyarakat sememangnya digalakkan dan diharuskan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian. - Gambar fail

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).