Umat Islam mesti mengutuk dan menghantar mesej tegas bahawa tiada toleransi terhadap perbuatan keganasan sama ada terhadap umat Islam atau bukan Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata bahawa umat Islam menolak semua bentuk keganasan sama ada oleh pengganas atau negara.
"Keganasan mengakibatkan keganasan dan sejarah telah membuktikan bahawa keganasan bukan cara untuk menyelesaikan konflik.
"Bagaimanapun, selagi majoriti senyap yang merupakan sebahagian besar masyarakat terus membisu dan tidak mengutuk perbuatan keganasan, dengan itu akan dianggap sikap berdiam diri itu merupakan tanda sokongan tanpa kata-kata," katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.com, hari ini.
BACA: Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui setakat ini
FOTO: Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 129 maut
VIDEO: Rakaman video amatur suasana panik di Paris
Salleh mengulas serangan di Paris pada Jumaat malam di dewan konsert, restoran di tengah-tengah ibu kota dan berhampiran Stade de France yang mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.
Beliau berkata insiden itu merupakan serangan kedua oleh pengganas pada tahun ini selepas kes tembakan di pejabat akhbar satira Charlie Hebdo dan mengembalikan ingatan terhadap kejadian pengeboman di Madrid pada 2004 yang mengakibatkan 191 orang terbunuh dan 1,800 yang lain cedera.
Salleh mengambil perhatian sejak insiden September 2001, Islam telah dianggap sebagai agama keganasan dan pihak yang memberikan Islam imej negatif ini ialah orang Islam sendiri.
"Malangnya, dalam semua tragedi ini ia melibatkan perbuatan orang Islam. Dan ini merupakan satu lagi tragedi kerana orang Islam juga menjadi mangsa termasuk turut terkorban dan cedera.
"Apa yang pihak Barat mungkin tidak sedar adalah terdapat lebih satu bilion umat Islam tetapi hanya segelintir minoriti yang melakukan tindakan keganasan ini manakala majoriti orang Islam cintakan keamanan dan menolak keganasan," kata Salleh.
Bernama
Sun Nov 15 2015

SALLEH SAID: "Keganasan mengakibatkan keganasan dan sejarah telah membuktikan bahawa keganasan bukan cara untuk menyelesaikan konflik. - Gambar Fail

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.

Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman, lapor Xinhua.

Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.

Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh
Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan.

Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan
India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.

Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat
Kos kawalan trafik udara yang meningkat turut memaksa syarikat penerbangan memindahkan beban kewangan ini kepada pelanggan.

Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.

Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.