BACHOK: Matlamat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menjadi universiti keusahawanan terkemuka di peringkat global pada tahun 2030 bakal direalisasikan apabila tersenarai sebagai universiti berprestasi cemerlang.
Menyahut cabaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat, UMK kini berada pada kedudukan 601-800 daripada 1,406 institusi pengajian tinggi dunia.
Ini berbanding pada tahun lalu iaitu di tangga 801-1000 daripada 1,115 universiti terbaik dunia menerusi Times Higher Education (THE) World University Rankings 2021.
Naib Canselor UMK, Profesor Dr Razli Che Razak berkata, kedudukan itu jauh lebih baik dan ia membuktikan UMK telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding pada tahun 2020.
"Berdasarkan petunjuk daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ia memastikan pihak universiti memainkan peranan dalam melestarikan masyarakat setempat.
"UMK turut mempamerkan prestasi terbaik di peringkat empat SDG di mana universiti menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam SDG 1 ( No Poverty) apabila tersenarai dalam kedudukan 96 daripada 769 institusi," katanya.
Menurut Dr Razli, penilaian itu adalah berdasarkan kepada empat kriteria utama iaitu penyelidikan, peratusan bantuan kewangan, program universiti dan masyarakat yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan.
"Ini selaras dengan inisiatif mampan dari Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan yang memberi penumpuan kepada penyelidikan dan perkhidmatan berkaitan pengurusan kemiskinan dan kesejahteraan hidup manusia," katanya.
Tambahnya, bagi indikator SDG 2 (Zero hunger) pula UMK berada di kedudukan 201-300 daripada 553 institusi, di mana ia berdasarkan penyelidikan, pengurusan sisa makanan kampus, peratusan pelajar bergraduat dalam bidang pertanian dan keselamatan makanan.
"Penilaian SDG 2 di peringkat UMK diselaraskan oleh Institut Penyelidikan Jaminan Makanan Dan Pertanian Lestari dan Fakulti Industri Asas Tani yang memfokuskan kepada penyelidikan dan inovasi di bidang pertanian, teknologi pertanian dan keselamatan makanan," katanya.
Dr Razli berkata, pelaksanaan pelbagai inisiatif dan strategi turut melonjak kedudukan UMK pada SDG 15 (Life on land) iaitu di tangga 301-400.
"Penilaian ini berdasarkan kriteria penyelidikan, pengajaran dan tindakan dalam ekosistem sokongan darat serta pelupusan sisa sensitif tanah.
"SDG 15 diselaraskan oleh Fakulti Sains Bumi yang mengembangkan pengetahuan dan kefahaman mengenai sumber asli bumi perubahan alam sekitar dan sains kelestarian melalui penyelidikan yang berintegrasi dan bersaintifik," katanya.
Wanna Abd Rahim
Fri Apr 29 2022

Kedudukan itu jauh lebih baik dan ia membuktikan UMK telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding pada tahun 2020. - BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

XPDC gagal beraksi di UMK, sekretariat PESKOUMK'14 mohon maaf
Sekretariat PESKOUMK'14 berkata, kegagalan berbuat demikian dipercayai kerana salah faham berhubung isu permit hiburan.

Lulusan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK rekod kebolehpasaran 100 peratus
Ada dalam kalangan siswazah FTKW UMK yang dapat pengiktirafan enam bintang oleh Indeks GE dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022.

UMK tersenarai di kedudukan 601-800 universiti berprestasi cemerlang
Kedudukan itu jauh lebih baik dan ia membuktikan UMK telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding pada tahun 2020.

Hampir tidak dapat hadiri konvokesyen, graduan ini dibantu tabung asnaf
Untuk konvokesyen kali ini, UMK telah membantu seramai sembilan pelajar asnaf dan B40 yang tidak mampu melangsaikan yuran bagi membolehkan mereka bergraduasi.

PTPTN beri pengecualian bayaran pengajian RM26,000 kepada bekas mahasiswa hidap kanser
Keseluruhan hutang pinjaman PTPTN oleh peminjam berkenaan telah selesai melalui manfaat takaful.

Pelajar antarabangsa UMK pilih tidak pulang, manfaat waktu PKP
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bukan halangan untuk pelajar-pelajar ini meneruskan kehidupan dan menyiapkan tugasan universiti.

Koronavirus: UMK tangguh pengambilan pelajar baharu dari China
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menangguhkan pengambilan 200 pelajar baharu dari China untuk mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di universiti itu bermula bulan ini.

Kisah anak penebar roti canai raih Anugerah Pelajaran Diraja
Siti Madihah turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai CGPA 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

12 cedera selepas jeti Pulau Tikus Langkawi runtuh
Kumpulan pelajar terbabit berjalan di atas jeti yang tiba-tiba runtuh di pulau yang terletak kira-kira lima batu nautika (9km) dari Jeti Kampung Kilim, di sini.

Ibu sebak terima ijazah arwah anak
Pada 29 Mei lalu anak sulungnya itu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, selepas koma akibat komplikasi jantung.