KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya adalah keputusan mahkamah, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, semua pihak perlu menghormati serta mengambil tindakan yang boleh disifatkan sebagai menghina mahkamah.
Namun sebagai rakyat, ahli, dan pemimpin parti UMNO, beliau berkata, keputusan tersebut tidak menghalang mereka untuk terus bersama perjuangan Najib dalam parti dan kes yang sedang dibicarakan.
“Memang keadilan itu suatu perjalanan yang panjang. Malah terdapat ungkapan bahawa there are three types of truth - your truth, my truth, and the truth. Truth Is God's Word.
“Marilah kita terus bersatu hati, bersolidariti bersama DS Najib Tun Razak. Jangan putus asa. Terus tabah dan terus berjuanglah bersama kita. Terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau telah berikan untuk UMNO, BN, dan kerajaan BN yang tak akan dapat dilupuskan dalam sejarah negara,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, ketika Pakatan Harapan memerintah 22 bulan, Najib berjaya menangkis serangan terhadap UMNO ketika parti itu diperlekehkan dan cuba dikuburkan oleh musuh politik.
Di platform media sosial Facebook (FB), kata Ahmad Zahid, bekas Perdana Menteri itu berjaya menjawab serangan pembangkang dan musuh dalam selimut dengan data dan fakta.
Bahkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, Ahmad Zahid berkata, Najib turut berkampung dan berkempen membantu kemenangan UMNO, BN.
“Perlu diakui media sosial FB Najib sangat berpengaruh di negara ini. Beliau ialah Raja Media Sosial dan berjaya membantu memulihkan UMNO lebih cepat, hingga mereka yang pernah menjauhi dan memperlekeh UMNO (yang) sebelum ini dilihat, bukan sahaja mahu mendekati, malah mahu menguasai UMNO pula sekarang.
“Insya-Allah kita di setiap akar umbi cawangan dan bahagian UMNO dan BN akan terus bersama DS Najib Razak dan susah senang bersama. Kita bukan kacang lupakan kulit. Itulah persahabatan dan perjuangan sejati kita dalam UMNO,” tegas Ahmad Zahid lagi.
Firdaus Azil
Wed Aug 17 2022

Ahmad Zahid (kiri) mengakui, Facebook Najib sangat berpengaruh sehingga berjaya membantu memulihkan UMNO lebih cepat. - Gambar fail BERNAMA

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.