BAGAN DATUK: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu ketika awal UMNO menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata keahlian UMNO kian bulan bertambah, selain tiada satupun daripada lebih 21,000 cawangannya dibubarkan setakat ini.
"Dari segi keahlian, ia semakin bertambah biarpun kita lakukan pemutihan, di Sabah misalnya saya diberitahu umpamanya ada 2,500 sehingga 5,000 permohonan (sertai UMNO) setiap bulan, dan tidak ada satu pun cawangan (UMNO) yang lebih 21,000 itu terbubar malah setiap cawangan mesti ada pertambahan ahli," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk 2024, di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata sebagai parti yang telah wujud selama 78 tahun, parti itu diyakini mampu menjadi parti utama semula, dengan menyasarkan peningkatan jumlah kerusi Parlimen diperolehi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, berbanding 26 kerusi sekarang.
"Oleh kerana PRU akan berlaku tiga tahun setengah daripada sekarang, biarlah kita menyusun jentera parti dan memperkukuhkan penyatuan dalam kalangan ahli di semua peringkat agar kekuatan UMNO dapat dibina semula," katanya.
Mengenai undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) semalam, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata bilangan undi Melayu ada peningkatan, sekali gus memperlihatkan kematangan golongan itu membuat pilihan.
"Pengundi telah matang, dan ada pertambahan pengundi Melayu, ini perkembangan yang baik, walaupun dimomokkan dengan sentimen UMDAP, namun mereka terima hakikat Kerajaan Perpaduan jauh lebih baik untuk kestabilan politik di negara ini," katanya.
Mengenai kemungkinan PRK tujuh kerusi Bersatu melibatkan wakil rakyat yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan dibincang bersama pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan, jika ia berlaku.
Beliau berkata kerusi asal enam Parlimen itu sebelum ini ialah milik BN dan parti itu berhasrat untuk bertanding di kawasan tersebut jika PRK menjadi kenyataan, namun akan turut dibincangkan bersama Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, pada majlis berasingan di lokasi sama, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyantuni 56 bakal jemaah haji dari Parlimen itu, dalam Majlis Santunan Kasih Duyufurrahman 1445H Parlimen Bagan Datuk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Ahmad Zahid erucap pada perasmian berkelompok persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan empat peringkat dalam bahagian Bagan Datuk tahun 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto Bernama
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.

UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.

'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dan tekad untuk memastikan parti itu tidak akan tenggelam dalam lipatan sejarah.

Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.

Wanita UMNO Sabah kekal pendirian sokong Zahid Hamidi
Mendesak Presiden parti letak jawatan bukan jalan tuntas yang boleh menyelesaikan masalah.

WarisPEKEMBAR pertahan Zahid Hamidi, sasar perhimpunan besar 30 Ogos
Shahbudin Embun berkata, tidak wajar untuk meletakkan beban ke atas Ahmad Zahid semata-mata, ekoran prestasi UMNO sewaktu PRN enam negeri baru-baru ini.

UMNO Bukit Bendera sokong Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden parti
Budaya mendesak pemimpin parti letak jawatan perlu dihentikan kerana tindakan itu tidak menyelesaikan masalah.

Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh
Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Kena 'bantai' teruk pun, Zahid Hamidi tidak akan turun - KJ
KJ yakin Ahmad Zahid akan ambil langkah sama seperti yang dilakukan ketika BN tewas di kebanyakan kerusi pada PRU15 lalu.