LABUAN: UMNO Labuan akan meneruskan tradisi dengan menganjurkan program 'Ziarah Kasih Ramadan' dengan menyasarkan membantu 300 keluarga daripada golongan miskin tegar sempena bulan Ramadan tahun ini.
Inisiatif yang dimulakan pada tahun 2008 ini akan menyaksikan keluarga yang terpilih oleh 30 cawangan UMNO bahagian di pulau bebas cukai itu akan menerima sumbangan berupa kewangan dan keperluan makanan.
Ketua UMNO Labuan Datuk Rafi Alli Hassan berkata saringan keluarga yang layak akan dijalankan jawatankuasa UMNO cawangan dengan kerjasama ketua kampung.
"Bilangan sasaran tetap sama seperti tahun lalu dengan 10 keluarga setiap cawangan UMNO menjadikan jumlah 300 keluarga di seluruh 30 cawangan kami," katanya kepada pemberita selepas Program Kembali ke Sekolah di Desa Tunas Hijau di sini pada Sabtu.
Katanya penerima tambahan semasa program itu akan ditentukan berdasarkan keperluan.
Beliau berkata inisiatif 'Ziarah Kasih Ramadan' bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga miskin tegar.
"Kami akan mula melawat keluarga miskin tegar yang disenaraikan dari minggu pertama Ramadan hingga minggu ketiga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
![UMNO Labuan anjur program ziarah Ramadan, sasar bantu 300 keluarga miskin tegar UMNO Labuan anjur program ziarah Ramadan, sasar bantu 300 keluarga miskin tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677843896_RafiAliHassan.jpg)
Rafi berkata saringan keluarga yang layak akan dijalankan jawatankuasa UMNO cawangan dengan kerjasama ketua kampung. - Foto fail/BERNAMA
![Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738888349_CarabaoCup.jpg)
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
![[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza [KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738854256_AnwarIbrahimPales.jpg)
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
!['Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel 'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738886338_TBEhudOlmert.jpg)
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
![Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737420878_tbPresidentDonaldT.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
![UMNO Labuan anjur program ziarah Ramadan, sasar bantu 300 keluarga miskin tegar UMNO Labuan anjur program ziarah Ramadan, sasar bantu 300 keluarga miskin tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677843896_RafiAliHassan.jpg)
UMNO Labuan anjur program ziarah Ramadan, sasar bantu 300 keluarga miskin tegar
UMNO Labuan akan meneruskan tradisi dengan menganjurkan program 'Ziarah Kasih Ramadan' dengan menyasarkan membantu 300 keluarga daripada golongan miskin tegar sempena bulan Ramadan tahun ini.
![700 bekas ahli Amanah sertai UMNO Labuan 700 bekas ahli Amanah sertai UMNO Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600344541_TBUMNOLABUANx.jpg)
700 bekas ahli Amanah sertai UMNO Labuan
Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan menyertai UMNO Labuan.