IPOH: UMNO Perak belum membuat sebarang pendirian berhubung pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu bulan depan.
Pengerusinya Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dijadualkan 8 Jan ini.
Katanya, perkara itu juga tertakluk kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang dijadualkan bermesyuarat pada 5 Jan.
"UMNO Perak belum buat keputusan kerana kita hanya akan mengadakan mesyuarat Perhubungan pada 8 haribulan, malam, tetapi MKT akan bermesyuarat pada 5 haribulan, iaitu Khamis ini.
"Kita akan bincang dengan Majlis Tertinggi dahulu, tengok keadaannya, sebab ada pro dan kontra. Ada yang kata bagus, ada yang kata tak bagus. Kita tengok keadaannya," katanya.
Saarani ditemui selepas penyampaian sumbangan dana pendidikan kepada pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan insentif kepada Pasukan Hoki Lelaki Perak di pejabatnya di sini, hari ini.
Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ketua-ketua Bahagian, mendesak agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan, demi memastikan kesatuan dalam parti.
Bagaimanapun, banyak pihak berpandangan agar kedua-dua jawatan itu wajar dipertandingkan demi menyuburkan demokrasi di dalam parti.
Pada Isnin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti belum memutuskan mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT.
Pada Selasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, biar perwakilan yang menentukan perkara tersebut.
Bercakap dalam program bual bicara bertajuk Rekonsiliasi Politik - Apa Untung Pada Negara, Presiden UMNO itu mengakui beliau seorang yang demokratik.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 30 2022

Saarani bergambar bersama Muhammad Azeem (tiga, kanan) dan Presiden Hoki Perak Mohd Saiyuti Abd Samat (dua, kiri) pada majlis penyampaian dana dan insentif kecemerlangan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.

50 ahli UMNO Perak dikenal pasti sabotaj parti
UMNO Perak telah mengenal pasti lebih 50 ahli yang mensabotaj calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan parti itu kalah teruk di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemilihan UMNO: Jangan londehkan sesama sendiri - Saarani
Semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian di Perak diingatkan supaya bertanding secara sihat.

UMNO Perak belum buat pendirian pertandingan Presiden, Timbalan Presiden
Perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dijadualkan 8 Jan ini.

PRU15: UMNO Perak tidak gusar berdepan 'calon heavyweight' Bagan Datuk, Pasir Salak - Mohd Zolkafly
Ini kerana, UMNO dan parti komponen lain dalam BN di Perak diyakini mempunyai kekuatan tersendiri.

PRU15: UMNO Perak cadang Aminuddin Md Hanafiah tanding Parlimen Tambun
UMNO Perak telah mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: UMNO Perak terima senarai 126 calon
UMNO Perak telah menerima senarai 126 calon untuk dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

'Gerakan sulit UMNO mahu BN bersama PN, GPS? Saya tak ada maklumat itu' - Saarani
Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata beliau sebaliknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan itu.

Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.