IPOH: UMNO Perak menyokong sepenuhnya kempen Pemuda UMNO Malaysia untuk memboikot perniagaan KK Mart sebagai tanda bantahan dan solidariti umat Islam dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua pihak bahawa kesucian Islam tidak sama sekali boleh diperkotak-katikkan.
Bagaimanapun, jelasnya, UMNO Perak mengingatkan supaya setiap ahli UMNO kekal menjaga adab dan akhlak sebagai umat Islam yang bertindak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Saarani berkata, ia penting untuk terus menjaga kesucian Islam yang merupakan sebahagian ikrar perjuangan UMNO pertahankan selama ini.
"Badan Perhubungan UMNO Perak menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah menzahirkan dukacita berhubung penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.
"Dan mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah berdasarkan siasatan pihak berkuasa.
"UMNO Perak senada dalam hal ini, dan mendesak agar polemik ini perlu dihentikan segera dengan mengenakan tindakan yang keras kepada pihak yang bersalah.
"Ia demi memberi pengajaran berguna buat rakyat Malaysia supaya lebih peka dan berwaspada dalam isu sensitif terutama melibatkan agama," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya, kalimah Allah merupakan kalimah tertinggi bagi umat Islam.
Justeru itu, sama ada disengajakan atau tidak, UMNO Perak menuntut tindakan sekeras-kerasnya
diambil.
"Sesungguhnya, kejadian ini merupakan satu penghinaan kepada kesucian Islam yang merupakan agama Persekutuan yang dianuti oleh orang Melayu.
"UMNO Perak juga ingin menzahirkan kekhuatiran jika tindakan yang sepatutnya diambil adalah lewat, akan mencetuskan perbalahan antara kaum.
"Melihat reaksi orang Islam dalam isu, keadaan ini boleh melarat jika tanpa tindakan yang tuntas," tambahnya.
Aida Aziz
Fri Mar 22 2024

Saarani berkata, sama ada disengajakan atau tidak, UMNO Perak menuntut tindakan sekeras-kerasnya terhadap KK Mart yang menjual stoking tertera kalimah Allah. - Gambar fail/BERNAMA
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah hina agama Islam
Chai Kee Kan dan Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.

UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.